Assalamualaikum
Saya sekarang berharap dapat berjumpa dengan seseorang. Sudah lama terpisah sejak dari dilahirkan. Pertemuan pertama semasa anda sedang menangis kerana tidak dapat masuk kelab sains. Sungguh kelakar.
Apabila rahsia terbongkar, anda dilarikan dan saya tidak diizinkan mencari lagi. Saya ingin bertemu dengannya lagi, bukan untuk melukakan hati cuma untuk melihat penyesalan dari semua mata hati. Saya tidak berdendam kerana saya tidak menjadi punca tetapi saya tersepit dalam konflik ini juga.
Manis mulut, lembut lidah menjadi semua punca. Pelbagai janji ditabur akhirnya menjadi racun yang mematikan perasaan.
Bila usia semakin meningkat timbul pelbagai penyesalan.
Kenapa tidak dijadikan iktibar dan tauladan?
Sekarang apa patut saya buat?
Patutkah saya mencari semula? Adakah kita saling mendendami?
Saya harap tidak. Jangan ada dendam
Mohon kasihan kepada orang tua kita
Benar kata mak, jangan dipermainkan hati yang ikhlas
Sekarang semuanya merasa bahana
Kepada adindaku, Amirul Naim, percaya atau tidak saya kasihkan adik.
--------------------------------------------------------------------------------------------
Sumber dari cerita : Anak Angkat
Kata Hati : Ni tak suka tengok cite sedih nih...sob-sob (~~)!
Bacaan menarik :
- http://qasehraihan.blogspot.com/2011/05/dah-meminjam-tu-reti-retila-nak-bayar.html
- http://qasehraihan.blogspot.com/2011/06/entry-panas-hati-pendekar-berkuda.html
Kesian pada dia...saya pun pernah kena...(~~)
Ulasan