Langkau ke kandungan utama

Salam aidilfitri 1432 H

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Terlebih dahulu as nak minta maaf zahir batin kepada semua kenalan dan kawan-kawan as jika as ada buat salah (semestinya ada) sepanjang penulisan My Idea ini.

As minta maaf banyak sangat tak dapat nak balas mesej raya kengkawan kerana dah kehabisan kredit mahupun juga terlalu sibuk dalam perjalanan pulang ke melaka dan berjalan raya...nak taip mesej pun tak sempat, bila nak balas pulak dah abis credit.

Alhamdulillah

Raya tahun ni sangat seronok sebab dapat beraya di kampung kelahiran as sendiri, Melaka.

Suasana raya di Melaka sangat berbeza dengan beraya di kampung as di Pahang.

Nak cerita pasal kelainan tu tak retila..demi menjaga sentimental sesetengah pihak..

Masjid penuh sehingga as dinasihatkan takyah pergi demi bagi peluang pada lelaki, tapi abah tarik as juga pergi..lega rasanya dapat ruang untuk solat raya.

Masa pulang tengak saf lelaki sampai atas jalan raya...wah as sangat seronok sebab disini as boleh lihat kesungguhan umat Islam untuk menjalankan ibadah.

Dalam masa yang sama as mendapat tau mak ngah as menjadi bilal kampung...oh ini merupakan satu perkara yang baru walaupun ia dah lama ada sejak as kecil lagi...

-------------------------------------------------------------

Perjalanan yang sungguh panjang dari melaka ke johor dan kembali ke melaka.

Mujur negeri melaka kecik jer, kalau tak jenuh gak nak meronda....tapi jenuh gak walau kecik pun.

(^^)/

Destinasi seterusnya mungkin ke Kuala Lumpur esok,.,,,

Kepada kengkawan yang ajak berjalan raya ke rumah, inshaAllah jika ada bajet minyak lebih saya pergi ;p

Tak sabar nak tengok gambar raya dari keluarga yang lain,,,,jangan lupa tag nama as ya??

Uh.....sungguh seronok,,,,,

---------------------------------------------------

Dalam keseronokan as lihat satu kemalangan jalan raya.

As turun tolong sebab dia perempuan, kalau dia lelaki as biarkan abah dan adik beradik lelaki as jer tolong...

As check kepala dia bengkak....tiada pendarahan lain tapi jika dibiarkan as bimbang dia bahaya.

Kebetulan seorang polis lalu, sampai ati polis ni tak berenti tanya situasi kemalangan dan mangsa, tapi cuma tanya perlu atau tidak untuk panggil ambulans.

Bagi as dia bukan polis yang bertanggungjawab.
...

ok..cukup...

As doakan budak perempuan itu ok...dan tiada kecederaan serius..

~ tiba-tiba teringat as kemalangan jalan raya masa form 6....seriau~

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya