Langkau ke kandungan utama

Nak jadi apa?

Assalamualaikum

Alhamdulillah semalam dapat juga sambut ulang tahun kelahiran kawan As. As doakan dia dapat tamatkan belajar dengan  cemerlang dan mendapat gelaran Dr.

Apa cita-cita as masa kecil? As nak jadi doktor perubatan. Tapi as tak belajar sungguh maka awal-awal lagi as kena lupakan semuanya.

As tak usaha sungguh-sungguh banyak main. Sepatutnya as tak tolak tawaran jadi nurse dulu. Kalau tak  as boleh sambung belajar bahagian perubatan dan  jadi doktor..ohhh kenapa as tolak ya??

Sampai sekarang as terasa menyesal. Tapi takper lah as fikir banyak lagi as yang boleh kejarkan. Cita-cita tidak terhad kepada satu sahaja.

As ada banyak cita-cita..separuh daripadanya sudah tercapai. Cita-cita tidak hanya boleh difikirkan masa kecil sahaja malah kita boleh bercita-cita setiap masa. Contohnya, bila as dah masuk U as belajar programming tetiba terasa berminat nak hacking. Masa kecil-kecil dulu selalu tengok citer hacker..maka timbul rasa nak jadi hacker juga...hehehe tapi as tak pandai hack pun. Jangan bimbang (~~)v

Pernah juga bercita-cita nak jadi polis tapi gagal masa ujian fizikal..hahaha agak lama jugak la murung kecewa. Kemudian oleh kerana minat sangat dengan  kartun, as bercita-cita nak jadi penghasil kartun cam walt disney. Cita-cita ni as laksanakan masa final projek berkumpulan masa tahun 2. Kemudian as bercita-cita nak jadi pakar 3D, maka final projek tahun akhir as dah buat, waktu tu as memang pakar, setiap selok belok dengan  software 3D dan story board as mampu buat sendiri dan mendapat pujian dari kawan-kawan. Cuma itu la, kita bukan tahap pro lagi, maka dapat B saja dan A- masa projek akhir.

Selain itu, as pernah jadi graphic designer, photographer, web designer, dan akhir sekali database. Sekarang ni as tengah berfikir nak jadi suara latar kartun, yer sebab suara as bunyi macam cerikk..cerik...ada setengah kata macam budak kecil. Tapi sayang takder orang bukak kerja untuk bahagian ini.. Biasanya orang ambik ahli keluarga jer.

Final projek as sekarang Augmented Reality, as blur. 

Ok jum nyanyi tanya sama pokok....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...