Langkau ke kandungan utama

Jum membakar lemak

Assalamualaikum..

Masa kecik-kecik dulu, kalau as buat perangai yang tidak disuka mak abah..mesti diorang akan cakap...

budak ni banyak lemak betul....nak kena nih..
pastu mula la as kecut perut...bukan sebab nak kena buang lemak tapi kena pukul la...hihihi...


Anda banyak lemak tak? Berapa kerap pergi bakar lemak di gim atau di padang?

Harini, as pergi membakar lemak di tasik cempaka dekat McDonald tu...tapi as tak beli ok...sebab as pergi senaman jalan kaki satu tasik tuh jer ngan aishah..

As menjeling jeling jugak nak tengok pelanggan McD tu...ada jer orang..tapi takla ramai..mungkin da petang sangat kot..as pun malas nak ambik gambar..ada jer orang melayu Islam yang beli...

Dalam hati..biar saja la mereka...takder cakna atau mungkin tidak tahu..

Ok stop...

------------------------------------------------------------------------------------------------


As tak jogging sebab perut as lapar...bahaya tuh...takder la lapar sangat masa mulanya sebab as dah ambik minuman ribena dan coklat....

Jadi as jalan sahaja dengan sahabat as, aishah...itu pun bagus juga...dah keluar peluh...sambil jalan-jalan sambil bercerita tentang dunia, tentang hal romantis =p, tentang perniagaan masing-masing....

Apa-apa yang best bersenam di taman tasik cempaka nih, ialah keseronokan tengok keluarga yang datang bermain bersama anak-anak mereka.

As dan aishah tak kahwin lagi, jadi kami tengok sajalah keseronokan orang dah kahwin..hehehe

Tumpang tengok orang gelak ketawa riang bersama keluarga pun dah cukup untuk kami yang jauh dari perantauan..huaaaaa

Tapi apa yang as tak seronok tengok ialah pasangan yang bergeli geliman berdua-duaan..mujur takder...kalau ader memang kena da dengan aishah kot..yer tak aishah?? hehehe..



Peace...no war! Ni sahabat as : Namanya aishah

As dan aishah dah lama kawan sejak zaman degree Multimedia UKM. Pernah jadi rakan sekerja juga. Dah dekat 8 tahun jugak berkawan.

Kalau nak citer pasal kita orang gaduh, fuhh..memang menangis sokmo la as nih...dia pun sama jugak agaknya...

Tapi alhamdulillah, walau gaduh, kami tetap berkawan baik sampai sekarang.

Aishah ambik gambar senget sebab ia kata itu seni =p
Kalau boleh as nak bekukan masa ketika kita berkawan baik seperti jam yang tidak berfungsi dibelakangkan tu..

Tapi tak nak la bekukan lemak dalam badan...

As kalau boleh taknak ada apa-apa pergaduhan pun dalam hidup as. Tapi kalau kita sentiasa makan manis kita akan terlalai dan leka. Malah akan lebih parah lagi jika kita terus tidak berdoa dengan Allah kerana hidup dalam kemanisan.

------------------------------------------------------------------------------------------

Pencinta hati as, jum bawa cinta hati anda pergi bakar lemak di taman...tapi jangan buat maksiat yaa..

Kalau malas bakar lemak dengan bersenam, pakai la Fellina Inchloss ...sms as untuk dapatkan stok ya

019 905 0325

RM 75 termasuk postage ke semenanjung
RM 80 sabah sarawak

Sempat lagi iklan..nama pun peniaga..yer dok?? (^___^)/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya