Langkau ke kandungan utama

Ini satu perancangan.....

Assalamualaikum

Tanpa as sedar tak lama lagi as nak jadi isteri orang da...

Ini satu perancangan...insyaAllah

Sudah lama Cinta Hati as merisik, tapi dia dan as masing-masing tak yakin....

Sehingga la tahun ni as pun tanya..."awak...jum datang rumah, risik saya?" amboi tak malukan??? hahaha

Terkejutkah dia? as pun tak tau......

Yer la nak tunggu sampai bila? memang kami tidak couple, hanya seorang sahabat yang berbual sekali sekala.....dan dia pun terlalu sibuk, bila dia mesej baru as berpeluang bercakap dengan dia...hahahaha

Kadang-kadang hati merajuk jugak....ish dia ni betul-betul nak pada as tak? dia ni serius tak? dalam masa yang sama mungkin dia tak tahu ada beberapa lelaki lain yang cuba memasuki hidup as.

Seperti biasa kalau as tak cakap on memang tiada siapa yang datang rumah...biarpun as cakap datang la jumpa abah...


Ini adalah surat kepada cinta hati as


Cinta hati as,

Untuk pengetahuan awak, as dah lama sukakan awak sejak dari bangku sekolah lagi

tapi waktu tu as rasa itu hanyalah suka-suka sahaja.

awak pun tak layan as mana sebab awak suka usik as sampai as nangis depan ramai orang....waa..malunya..bila ingat balik....teruk la awak!!!!

jadi as fikir taknak la beria-ia suka pada awak...teruk la awak masa tu.....

as panjat Gunung Stong dan ketika berada di puncak ( tak sampai pun..) as pandang ke bawah dari atas air terjun...(sangat seram)....as jerit kuat-kuat....saya nak lupakan awak tak nak da fikir pasal awak!!!!! ( jerit dalam hati)...nanti ramai orang tengok...hahaha

lega...alhamdulillah.....

Tawaran universiti

Walaupun as tak fikir pasal awak dah, tapi awak masih datang cari as...okey takper la, as pun biasa-biasa sahaja dah tak fikir sangat da pasal suka awak...

tapi tak sangka kita masuk satu universiti dan satu kolej penginapan????

apakah ini??? mula la as perasan...tapi bila as tengok awak...sikit pun awak tak teruja...okeys.....(~~)/

jadi as pun buat tak tahu.......


Setelah beberapa tahun

Beberapa jam lagi nak subuh, as dapat terima panggilan telefon...dari awak...ingatkah awak?

Awak cakap, as saya nak lamar awak jadi isteri saya boleh tak?

Dengan muka mamai dan mengantuk....terus terdezup....awak siapa? apa gila tiba-tiba nak kahwin dengan as????

lepas daripada itu, kita mula berhubung sehingga sekarang? ye tak?? ada la selang beberapa bulan bercakap...

Persoalan as di sini : Adakah awak serius waktu tu?

Setelah beberapa tahun....(lama tuh)...akhirnya, as fikir awak mungkin serius. betulkan?

--------------------------------------------------------------------------------------------------------

Awak bertanya secara zahir - As betul ker kita nak kahwin? \(^^)/
As bertanya dalam hati - Ish as, awak betul nak kahwin ni? (~~)/

Tapi bila fikir secara mendalam...sedalam hati ini...as masih suka awak, dan as tetiba teringat doa as untuk awak zaman sekolah dulu....wahhh gatal kah as?? tak pun kot...hehehe

Ini jawapan as pada awak : Yer betul kita nak kahwin. InsyaAllah, keluarga as boleh menerima awak seadanya...dan harap keluarga awak boleh terima saya dengan kekurangan saya.

As harap perancangan kita ini direstui ibubapa dan diberkati Allah...



Kepada pembaca BLOG CINTA HATI AS.....



Ini satu perancangan....Allah yang menentukan....

tapi as harap agar anda semua mendoakan perancangan penyatuan As dan Cinta Hati As menjadi kenyataan dan berbahagia hingga ke syurga....insyaAllah anda juga akan sentiasa bahagia selalu.

Terima kasih...(^^)/



Teaser....



p/s ----> semalam sangat kelakar okeys....kalau saya tau awak seorang pemalu...saya patut bawak semua kawan-kawan bagi semangat sikit kat awak...hahahaha sandiwara nak masuk kedai emas....akan jadi ingatan dalam saya...



Ulasan

Unknown berkata…
Tahniah dik..dulu Sek men Kt kena? AkK orang Pahang tak felda Purun. Semoga disegerakan jodoh dgn cinta hati As ye.
Acik As berkata…
as banyak sekolah masa dulu, hehehe...terima kasih atas doa kak hawa...

as doakan kak hawa dan keluarga sentiasa bahagia..(^^)

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya