Langkau ke kandungan utama

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum

Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as.

As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak.

As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak.

Haaa....berbelit tak??

Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri.

Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah.

Kalau nak sebut betul-betul macam ni...

Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin.

Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah.
Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab.



.Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah.
Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang adik lelaki, Naim. Maka Naim pun adik beradik kandung as satu ayah. Naim boleh juga jadi wali as. 




Dan untuk istilah adik beradik tiri pula ialah seperti antara abang-abang as dengan adik as yang bongsu sebab lain mak dan lain ayah. Contoh gambar rajah di bawah.




Penerangan Warna Kotak :

Kotak hijau dan kotak biru : As dan adik as Budin duduk di tengah-tengah dan menjadi adik beradik kandung antara abang-abang as dan adik as yang bongsu.

Kotak Merah : Abang-abang as dengan adik bongsu as adalah adik beradik tiri.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

As sangat sayangkan adik beradik as, as tak ramai adik beradik jadi as sangat sedih kalau orang cakap abang-abang as tu bukan abang kandung sedangkan kami berkongsi darah dari ibu yang sama.

Yer mungkin ada orang tak sayangkan adik beradik lain mak atau ayah tapi bukan as.

Dari kecil sehingga as besar, as penat terangkan hal ni pada masyarakat sekeliling bahawa abang-abang as bukan adik beradik tiri kerana kami masih ada hubungan darah tidak kirala sama mak atau sama ayah.

Dan apa yang perlu ditekankan, adik beradik tiri ini boleh batal air sembahyang dan as perlu menutup aurat seperti bertemu dengan lelaki ajnabi yang lain...kerana apa??? sebab lain MAK dan AYAH...malah kami boleh kahwin....

----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Ada yang meminta as memberikan bukti-bukti yang berlandaskan dalil AQLI dan NAQLI...untuk mengukuhkan bahawa abang-abang as bukan abang tiri

Tetapi.....maaf as katakan sebab as tak pandai nak kaitkan surah-surah atau hadis-hadis dalam hal ini..

kalau ada pun mungkin boleh guna ayat ini....

surah An Nisa ayat 23


"Diharamkan atas kamu (mengawini) ibu-ibumu; anak-anakmu yang perempuan; saudara-saudaramu yang perempuan; saudara-saudara bapakmu yang perempuan; saudara-saudara ibumu yang perempuan; anak-anak perempuan dari saudaramu yang laki-laki; anak-anak perempuan dari saudaramu yang perempuan; ibu-ibumu yang menyusui kamu; saudara perempuan sepersusuan; ibu-ibu istrimu (mertua); anak-anak istrimu dari pemeliharaanmu dari istri yang telah kamu campuri, tetapi jika kamu belum campur dengan istrimu itu (dan sudah kamu ceraikan), maka tidak berdosa kamu mengawininya; (dan diharamkan bagimu) istri istri anak kandungmu (menantu); dan menghimpunkan (dalam perkawinan) dua perempuan yang bersaudara, kecuali yang telah terjadi pada masa lampau; sesungguhnya Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang"


Dalam maksud ayat di atas, as nak cuba kaitkan hubungan as dengan abang-abang as adalah haram berkahwin sebab kami bersaudara walau pun satu mak berlainan ayah.

---------------------------------------------------------------------------------------------------------

Apa-apa pun as ada jumpa pertanyaan orang kepada penceramah terkenal Ustaz Azhar idrus mengenai adik beradik tiri.



agak kasar sikit bahasa Ustaz Azhar tapi as harap jelas pada mereka yang masih suka mempersoalkan hal ini.
----------------------------------------------------------------------------------------------

As cuba yang terbaik untuk memberikan penerangan kepada anda yang masih tidak tahu mengenai istilah adik beradik tiri...

Jika penerangan as ni salah, mohon perbetulkan di ruang komen bersama bukti anda.

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...