Langkau ke kandungan utama

New Idea???

cermin mata augmented reality

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua

Hari Jumaat lepas saya telah bentangkan proposal tesis saya depan Dr. Haslina.

Idea saya adalah untuk membangunkan aplikasi buku Augmented Reality. Berikut adalah beberapa cadangan hasil daripada literature review :-

  1. Buku pantun
  2. Brochure FTSM


BUKU PANTUN

Pantun merupakan satu peribahasa lembut yang sering digunakan masyarakat melayu dahulu dalam menyampaikan nasihat mahupun maksud tersirat. Namun, pantun ini sudah jarang digunakan oleh masyarakat kita pada masa kini. Malahan ia tidak begitu menarik minat generasi muda untuk mempelajarinya dan menggunakannya lagi. ( Owh... saya antaranya (-.-)! )

Saya kagum dengan Karam Singh Walia, yang menghidupkan balik pantun-pantun ini malah mengembangkan semula dan mencipta pepatah yang baru.

Hasil projek akhir semester 2 yang lepas telah membuka minda saya untuk mencipta buku pantun yang menggunakan teknologi Augmented Reality.

Disini saya nak gabungkan dua bidang pelajaran dan hiburan (edutainment) menjadi satu, dimana pelajar akan belajar sambil berseronok semasa membaca pantun-pantun tersebut.

Saya membayangkan buku ini akan menjadi seperti sebuah filem Magika yang menggabungkan cerita-cerita dongeng rakyat. Owhhh....excitednya!!!!!!!! (^^)/


BROCHURE FTSM

Pada asalnya saya ingin menghasilkan peta Augmented Reality bangunan FTSM, tetapi setelah membaca beberapa kajian lepas, saya terjumpa satu paper dari Indonesia mengenai brochure AR. Kajian ini benar-benar menarik perhatian saya.

Mengikut pandangan Dr. Haslina, beliau lebih berminat jika saya membuat kajian tentang penggunaan Brochure FTSM.

Saya dan Dr, telah bermuafakat (eceh ayat!!!! ^^ ) untuk menukar topik dari buku Pantun AR (sedihnya...sob..sob..) kepada penghasilan brochure FTSM.

Walaupun saya dah fikir untuk buat buku pantun tapi demi faedah masa akan datang saya akan bertukar kepada kajian Brochure FTSM.

Apa faedahnya?? Saya dapat tahu dari Dr. bahawa kumpulan penyelidikan visual grafik mungkin dibubarkan kerana tidak ramai pelajar yang berminat. Owhhh..yeke??? Hurm baru saya perasan masa dalam dewan kuliah tidak ramai atau tidak ada pelajar bawah kumpulan ini.

Saya jabatan Management Information System dan sudah semestinya berada dibawah kumpulan penyelidikan Strategic Information System ( poupular dengan gelaran SIS ).

Tapi saya berminat dengan multimedia so, saya pindah bawah kumpulan Visual Graphic...(harap Dr. Maryati tak kisah ^^ )

Hurm sebagai pelajar MIS apa yang saya mampu untuk tolong dengan kajian ini?? Sudah pastinya saya akan bergabung dengan Pusat Teknologi Maklumat untuk bahagian Marketing.

Dr. Haslina akan contact dengan Dr. Rizal untuk berbincang tentang kajian saya ini. Yeahh....moga-moga semuanya berjalan lancar. Harap marketing group boleh terima saya..( kalau tidak saya tak boleh buat projek ini)..Huhuhuhu...

Sekarang saya sedang sibuk belajar menggunakan cermin mata AR di atas ^. plus kena buat semula proposal untuk idea baru ini.


Kata Hati : Semuanya akan kembali seperti dahulu

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya