Langkau ke kandungan utama

Umur 100

kalendar April 2011 berlatarkan sawah padi di Kedah


Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Baru pulang dari kedah...melawat moyang, sanak saudara dan kenduri kahwin.

Sangat penat dan tidak sihat...fungus pun tak hilang lagi...boleh buat orang sebelah fikir saya menangis tak henti-henti...sob..sob..

Sudah lebih sepuluh tahun rasanya saya tidak pulang ke kedah. Moyang pun dah nyanyuk tak kenal orang, saya dan abah duk mengira umur moyang dan setelah dinilai maka tahun 2011 ni umur moyang genap 100 tahun... hehehe..

Moyang sangat kelakar sebab bila dia jumpa abah, dia kata abah berjanggut putih...abah kata dah tua....dan saya tidak tahu nak panggil ape kat dia..tok nek? tok wan?


Umur 100 tahun...saya cicitnya dan anak buah saya cuitnya...sudah 4 generasi dibawah moyang. Minggu lepas anak moyang meninggal dunia...merangkap tuk sedara saya. Moyang cakap nak buat cam mana, depa dah panggil dia, depa tak panggil aku lagi.

Moyang macam dah tak sabar nak pergi menghadap Ilahi. Mungkin dia tidak mahu menyusahkan anak cucu dia yang menjaga dia seperti anak kecil. Tapi saya tahu, jauh disudut hati anak-anak moyang diaorang tak pernah kesah. Malahan mereka bekerjasama menjaga moyang. Anak yang jaga ibubapa dengan penuh ikhlas pastinya akan diberikan ganjaran pahala oleh Allah.

--------------------------------------------------------------------------------------

Bila dah nama saudara mara...

Setiap kali balik kedah, tengok muka sedara mara sana, muka depa semua sama jer..sejibik jer..ada tu muka depa iras-iras almarhum sultan kedah yang ke berapa tah...tapi memang lebih kurang jer. Muka saya ada lain sikit sebab kacuk dengan darah baba nyonya melaka...hikhikhik.

Persamaan kami ialah tang kening dan bulu mata yang lebat..aceh...nak perasan jap. Kengkawan sokmo ingat saya ni kacuk cina india masa sekolah dulu. Sebab mata sepet ikut belah melaka tapi kening lebat ikut belah kedah. Hahaha...

Tok ngah cakap, awat hang as gelap...kecik-kecik dulu putih melepok noo...(macam anak jepun kah??)
Pastu tok tam cakap, mana kakak hang yang gemuk tuh?? saya lak huhh???? kakak??? saya mana ada kakak? rupanya...dia nak cakap saya gemuk masa kecik...huhuhu....ok-ok..nanti saya gemuk balik...sabar ya..

Sekarang sudah jelas memang saya sudah lama tidak pulang ke kedah.


sepupu-sepapat main baling batu dalam sawah

jika anda mahu katakan saya control ayu..silakan..silakan...saya memang kisah..aiseh...

sawah dibelakang tu tempat saya bermain-main dengan pakcik dan makcik saya...best sangat-sangat...tak sangka sawah ni ada lagi. tapi..geli dengan lintah..erk...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...