Langkau ke kandungan utama

Calon bertanding di DUN KERDAU N 28

Assalamualaikum (^^)/

Kehangatan kempen pilihan raya semakin panas dan membakar jiwa-jiwa setiap orang yang berkempen. As pun sama..

Selaku pemerhati dan pengundi pada 5 Mei ini, as telah memilih 2 orang calon yang as rasakan paling layak dan bersesuaian untuk pegang kerusi DUN dan PARLIMEN.

Tapi kempen masih berjalan harap-harap tiada perkara buruk yang akan menjejaskan penilaian as pada mereka ini.

Pergaduhan dan Sindiran

Dua perkara ini memang tidak dapat dielakkan lagi. Selaku admin beberapa buah laman sosial bagi mewakili beberapa buah organisasi (eceh) as rasakan perlu untuk memperkenalkan calon bertanding di kawasan as. 

Mungkin ada cakap tak yah la as rajin- rajin...pandai-pandai la diorang nak kenal ker tak....

Tapi as sendiri rupanya tak kenal siapa calon di kawasan as, jadi as rasa mungkin ada yang tak tahu. Kalau tak nak ambil tahu pun apa salahnya terpandang pos yang as buat.

Maka atas rasa bebesar hati dan kerajinan yang sedikit as pun upload gambar 2 calon kawasan as iaitu N28 DUN KERDAU.


Adakah beliau menjadi ADUN KERDAU?

Atau beliau yang menjadi ADUN KERDAU?

As tak tulis ayat kempen atau sokongan kepada mana-mana parti. Apa yang as tulis hanyalah " PILIHAN DI TANGAN ANDA"

Kesannya, ada peminat yang fanatik mesej as tak puas hati....siap cakap tak molek la kalau si polan tu nampak...

Haloooo.....as minta maaf banyak-banyak...tapi as tak kisah pun jika orang nak kata apa walaupun dia orang besar-besar...

Kalau orang yang bertanding tu BAGUS jangan BIMBANG okeys (^^)/ 

Dah katakan PILIHAN DI TANGAN ANDA - itu jer ayat as...takder as nak letak gambar yang memburukkan mana-mana pihak sebab as kenal siapa 2 CALON ni.

Setiap orang ada kekurangan dan kelebihan, jadi as takkan nilai keseluruhan parti sahaja tapi as akan nilai peribadi CALON itu sendiri.


ATAS PAGAR?

Seorang pemerhati politik dalam TV3 ada menyatakan keputusan pilihan raya kali ini akan pecah rekod atau mungkin akan ada perubahan yang sangat-sangat besar.

Golongan yang akan memberi impak keputusan pilihan raya ini di panggil Atas Pagar  atau Golongan pemuda pemudi daripada pengajian tinggi. Selain daripada itu, akan ada impak juga daripada mereka yang menjadi pengguna tegar laman sosial seperti Youtube, Facebook, Blog, Twitter, Instantgram, Wassup dan WeChat.

Kenapa atas pagar? Sebab kalau nak tau berita yang paling banyak kebenaran adalah melalui sebaran di atas talian. 

Perasan tak kalau imej yang sensor di berita TV akan dapat di lihat real di internet? Hahahaha....

Okey memang tak nafikan ada juga gambar palsu atau berita palsu yang disebarkan. Tapi golongan intelektual pasti dapat memberi penilaian tersendiri.

Apa-apa pun as harap undian daripada as adalah tepat untuk diri as, dan rakyat Malaysia masa akan datang.

Kepada CALON yang menang as harap anda tidak bermegah dengan kemenangan tapi akan rasa bertanggungjawab ke atas JAWATAN yang disandang.

ANDA adalah suara kami kepada kerajaan.-- yer la nama pun wakil rakyat..hehehe

Okeys....(^^)/ SELAMAT MENGUNDI  SEMUA PENCINTA HATI AS

----------------> ini kali kedua as mengundi<----------------------------------------- div="">


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya