Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Raya Sayang!!!!

Assalamualaikum semua (^^)

Saya sayang kamu semua!!!! opss...siapa yang tidak mahu jangan terima sayang saya itu..hehehe

Hari ni dah masuk raya ke enam....saya pun dah mula berpuasa sejak raya ke empat..insyaAllah saya akan teruskan sampai hari ahad ini...hehehe...cayok as!!!

Sambutan raya kali ini tidaklah besar-besaran macam tahun lepas tapi masih lagi seronok. Saya merayu pada mak untuk tidak buat lemang dan ketupat atau pelbagai jenis juadah yang lain...sebab saya sangat-sangat penat. Cukuplah dengan lontong, nasi impit, kuah kacang dan beberapa lauk lain yang boleh dimakan dengan nasi....sebab saya sudah tahu setiap rumah kiri dan kanan saya akan beri 2 batang lemang..hehehehe....sungguh licik kamu As... Mak plan untuk masak nasi untuk sedara mara yang datang kerumah...

Pada malam raya...suasana agak suram...hanya saya, mak abah dan adik sahaja. Sungguh sedih....tapi nak masuk tengah malam, saya terkejut abang ngah dan keluarganya datan
g untuk tidur dirumah kami. Nampak cahaya dimuka abah...baru la rasa macam suasana raya...

Pandai betul kak ipar pujuk satu keluarga nak beraya dirumah kami dulu tahu
n ni...cayalah kak!!! sayang akak!!! ---> tak kisah pun sebab kampung akak sebelah je...hahaha

Pada satu syawal, saya bangun pagi dan masak kuah lontong dengan kak ipar...nyum..nyum.. Kemudian, kami bersalam-salaman...macam biasa babak tangis menangis akan berlaku..owhohoho saya tidak terlepas...hukhukhuk....

Turunnya hujan rahmat pada pagi syawal....selepas solat raya kami bergambar beramai-ramai...


ni tak cukup lagi nih...along takder..hehehe


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...