Langkau ke kandungan utama

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum

Yeay...lama tak update blog...

Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim.

Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia.

Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas....
Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee

So saya beli la packing paling kecik 250g RM 12.00 poslaju RM 7.00...transfer laju-laju. Selesai transfer seller nak pos esok iaitu hari ini 1 August 2017. Harap-harap dapatla 2 August 2017.
Tengah taip ni tetiba seller mesej tracking no...yeayyy...

Tak sabar nak rasa dan review semula,,,,

Image result for kimchi cartoon astro

Tengok karton kimchi kat astro pun dah meleleh air liur nak rasa sangat sedap ke tak...fewhhhh...tak dapat nak bayangkan pedasnya bagaimana...


Ok byess....


Kemas kini 7 August 2017.

Kimchi da selamat sampai ke tangan As pada 2 August. As menikmati KIMCHI ni dalam 5 hari dan semalam 6 hb August 2017 habis di makan.

Rasa dia kalau orang yang tak suka makan masam dan bau bawang putih memang tak boleh lah.

Tapi As boleh makan. Cuma tak boleh makan banyak-banyak sebab sangat masam...rasa macam jeruk pun ada..tapi sedap dan ada lah masinnya.

Untuk pedas,  rasanya tidak pedas. As tak kuat pedas sejak kahwin ni dan memang jarang sangat masak berlada.

So untuk kimchi ni as boleh kata tak pedas, tapi pedar ada...itu pun hujung lidah....

Bagi yang tak makan pedas boleh lah cuba KIMCHI ni....mungkin kita boleh tanya seller dulu, kot ada pilihan extra pedas mild pedas atau biasa-biasa saja...



Catat Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Cara shopping di eBay dengan Paypal

Assalamualaikum
Pencinta hati as....anda suka shopping online? As suka tapi takder la suka sangat.
Selalunya kalau kita nak beli barang komfom kita akan buat perbandingan hargakan??..Sudah lumrah la tuh...
tapi kalau barang yang kita perlu dan nak sangat tapi sukar dapat akan tetap dibeli walau mahal...yer tak?? eh tak?? hahaha.....

Kat mana anda selalu shopping online? Kalau as selalunya kat eBay. Lelong as pernah masuk tapi tak berapa minat sangat..entahla kenapa..=p



Macam mana cara shopping di eBay? Buka dulu akaun PayPal dengan registerkan nombor mastercard anda (as pakai CIMB debit card)Buka akaun eBay kat situ kena letak sekali method bayar kita melalui paypal..nanti automatic terus link dengan PaypalLepas tu boleh shopping..



Mudahkan? tapi tahu tak kita kena bijak dalam pemilihan harga barang semasa di eBay?
Selalunya kalau as pilih ebay.com.my dia akan terus tukarkan mata wang Ringgit Malaysia. Tapi bila as buat kajian di eBay.com harga yang ditawarkan dalam USD lebih murah.
M…

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum

Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as.

As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak.

As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak.

Haaa....berbelit tak??

Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri.

Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah.

Kalau nak sebut betul-betul macam ni...

Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin.

Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah.
Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab.



.Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah.
Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang adik lelaki, Naim. Maka Naim…

Double Breastpump Murah : Autumnz Serene

Hai mommies

Autumnz dah keluarkan Double breastpump yang boleh rechargeable battery. Lepas ni mudah da nak pam sama ada di tempat kerja atau balik kampung sebab bateri boleh cas..yang penting pam ni heavy duty sesuai untuk buat power pumping bagi buat stock susu and kosongkan breast bagi mengelakkan bengkak susu.

Jum tengok spek Autumnz Serene :

Autumnz - SERENE Convertible Double Electric/Manual Breastpump Now comes with *Rechargeable & Removable Lithium-Ion Battery, *Memory Function & *Convertible to a manual pump!

Autumnz SERENE Double Electric Breastpump, designed to mimic baby's natural suckling pattern, comes with the following features:3 Pumping Modes : Massage, Expression & Power Expression modes for effective & efficient pumping.Rechargeable & Removable Lithium-Ion Battery : Allow you to pump anywhere conveniently with longer usage time.Multi Suction Levels : 6 suction levels to choose from each mode. Memory Function : Enable setting of personalized suc…