Langkau ke kandungan utama

Selamat Hari Merdeka Raya!!

Assalamualaikum

Selamat Hari Raya semua!! dan Selamat Menyambut Hari Kemerdekaan

Agak terlalu lambat ya..as beri ucapan..hehe

Takder mood dan terlalu sibuk sangat dengan dunia luar sampai bila tiba nak online hanya bukak email dan buat perkara yang tertentu sahaja.

Hari ni sahaja tah hari ke berapa as ulang alik bandar.

Pagi tadi as hantar pakteh pergi ambik darah, as fikir nak menderma juga tapi rasa tak sihat saje, sejak tolong along pindah masuk rumah baru, jadi biarkan dulu.

Lepas tu as pergi buat laporan polis berikutan kes penipuan duit. Harap orang tu bersabar la ya, tak lama lagi anda akan dipanggil soal siasat, dan jika terkumpul bukti yang kukuh, merengkokla anda dalam penjara.

Harap doa-doa orang yang teranianya dimakbulkan Allah, ameen


------------------------------------------------------------------------------------

Hari ni dah mula pendaftran semester baru buat junior as di UKM dan maka telah masuklah semester akhir as di UKM.

Sambung PHD ?? ape Tu?? jenis penyakit PAYAH HENDAK DENGAR?? pekak ker??

hehe...malas da nak sambung belajar...sekarang dah sibuk dengan kerja, kumpul duit banyak-banyak pastu pergi haji dengan mak abah..

bila nak kahwin?? nanti bila as dah kaya raya dan kerepot as pergi la meminang anak orang..tak gitu?? haha

ramai laki yang sibuk tanya as berapa nak hantaran?nak murah boleh? bila nak kerja?

ish anda nampak sangat seperti minta dengan as ->

kita kahwin di pejabat kadi sahaja la, bayar upah nikah dan saksi. 

pastu bila as kerja, duit gaji as, as tanggung la sekali hidup abang, duit abang untuk abang sahajalah.


Terus terang as cakap, lelaki yang bertanya macam itu, apa motifnya? as tak nampak ke ihklasan anda.

As kira cakap lembut lagi semasa menolak anda. Sebab kalau anda yang bertanya pada abah as, takut sahaja anda dapat percuma sahaja perkataan "B.D.H". As kalau dapat selepuk perkataan tu dari abah memang merajuk beberapa hari la...hahaha

Oklah Sempena bulan Syawal dan Bulan kemerdekaan ini,

As nak minta maaf sangat-sangat pada orang yang as buat kecil hati. Bagi orang yang buat as rasa sakit hati pula, hanya masa yang dapat mengurangkan kesakitan. Apa-apa pun janji Allah itu pasti. Jumpa nanti di Akhirat kelak

..arious..




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...