Langkau ke kandungan utama

Catatan

Siapa ye

Semalam, ada kenalan lama aku miss call aku. Tension tul, sebab nombor dia tu aku mana pernah simpan dalam telefon aku. So, aku tak kenal la dia. Dah la tu tanya pulak sama ada aku masih marah kat dia. Aku syak dia tu x aku tapi rasanya bukan. Bila aku tanya nama dia, taknak bagitau pulak. Bila aku teka nama dia, dia kata bukan pulak. Ingatkan dia main-main call je tapi dia cakap dia kenal aku, dia tau aku tinggal kat mana. Rasa marah juga kat dalam hati ni. Lastly aku cakap taknak kenal kan diri takpelah. Dia lagi la suka. Tadi waktu aku tidur petang, dia antar sms gambar bunga. Ini menguatkan lagi dakwaan aku bahawa dia adalah orang yang sama yang pernah aku marah dulu. Sebenarnya aku rasa aku tak marah pun. Cuma geram, time aku tension dia yang buat hal. Tu yang aku berkasar sikit dengan dia hari tu. Lepas tu beberapa bulan dia tak call. Aku pun tak kisah, aku buang terus nombor dia. Tapi kan aku rasa, orang ni macam x aku, dalam masa yang sama aku rasa macam kawan lama aku. K

Kenapa???

Semalam kelas aku berjalan macam biasa. Tetiba jer lecturer aku pun bercerita pasal anak dia. Anak dia cakap " kenapa makanan yang sedap dan cantik seperti cokelat, aiskrim tidak baik untuk kesihatan sedangkan makanan seperti sayur hijau macam brokoli tu baik untuk kesihatan. Tetapi makanan tu tak sedap pun ". Budak sekarang memang pandai berfikir dan sering bertanyakan perkara yang pelik. Seingat aku masa aku kecil dulu kalau aku banyak tanya soalan pelik kat mak aku, sudah pasti kena ketuk dengan senduk. Aduss...sakit tau.

Pagi-pagi lagi...

Argh....tension tul pagi ni takder air. Cubaan...nak taknak gi mandi di blok lain. Sekarang ni ada semula air kat blok aku. Adusss...dugaan sungguh. Di pagi yang mulia ni aku telah edit semula gambar shinichi sekeluarga. Comel sungguh. Rasa-rasa pemilik asal gambar tu marah tak. Kalau aku mestilah marah. Hihihi tapi apa nak buat, aku ambil gambar ni dalam internet dan dia patut tahu perihal dunia siber ni. Nak tengok gambar tu?...nilah dia..

Entahlah...

Dah 2 malam aku duk dalam bilik baru. Malam tadi roomate baruku baru pulang dari rumahnya. Inilah kali pertama aku bersua muka dengan dia. Kami sebaya je. Buat masa ni kami tak banyak cakap lagi. Tapi nampak macam dia tu peramah. Entahlah. Aku sibuk dengan membaca komik Detektif Conan. Bestnye..Pagi ni aku terima panggilan dari adikku. Dia demam maka tak dapat pergi sekolah. Budak ni selalu sakit. Salah dia juga degil tak jaga kesihatan sendiri. Aku pun apa kurangnyer. Hihihi... Tengahari pulak aku terima panggilan dari kuatermaster aku, dia kena hadiri kursus PBSM. Nampaknye aku sudah pastilah kena pergi jugak. Tapi aku tak dapat hadir sebab aku dalam camp English. Kalau takde pun aku tetap taknak pergi sebab aku tak dapat jadi PC PBSM . Sebab yang lain ialah hari keluarga. Abah seperti mengharap sangat aku hadir dalam hari keluarga yang terakhir tu. Dia dah buat banyak persiapan. Macam mana kalau ini adalah permintaannya buat kali terakhir. Aku taknak jadi seperti perkara yang lepas.

Intro...jer

Ini blog aku yang ke berapa pun aku tak tahu. Sebelum ni aku dah buat banyak blog tapi aku delete. Memang hobi aku agaknyer....Boring nyer aku waktu ni. Assignmet tak siap lagi.. malas tul nak buat. Tension gak aku pagi ni ape ketidaknyer waktu cuti camni takde air. Dah le baju banyak nak basuh. Akhirnyer aku gi mandi kat blok lain.