Semalam kelas aku berjalan macam biasa. Tetiba jer lecturer aku pun bercerita pasal anak dia. Anak dia cakap "kenapa makanan yang sedap dan cantik seperti cokelat, aiskrim tidak baik untuk kesihatan sedangkan makanan seperti sayur hijau macam brokoli tu baik untuk kesihatan. Tetapi makanan tu tak sedap pun". Budak sekarang memang pandai berfikir dan sering bertanyakan perkara yang pelik. Seingat aku masa aku kecil dulu kalau aku banyak tanya soalan pelik kat mak aku, sudah pasti kena ketuk dengan senduk. Aduss...sakit tau.
Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang
Ulasan