- Hari ni aku cuba bangun lewat. Tapi tak boleh jugak. Bising betul. Orang jual nasi lemaklah, orang goncang pintulah. Aku ni pulak jenis sensitif. Pantang benda bunyi sikit kat dalam bilik atau luar bilik, pasti aku sedar. Kadang-kadang tu telifon bimbit aku yang bunyi 'bip' je aku boleh dengar. Terutamanya malam tadi budak yang aku tak kenali hantar sms gambar @>- ni tension betul la.
- Aku baru nak terasa aman tinggal sorang. Tapi kadang-kadang tu sunyi jugak. Baru aku sedar, tentang diriku yang sebenarnya. Lagi pun aku dah biasa tinggal seorang. Abah pun selalu cuba nak ajar aku hidup berdikari. Yelah aku ni boleh dikatakan anak yang manja. Tapi tak lah sangat. Kadang-kadang tu kena gak pukul sebab degil.
- Semalam seharian aku tak makan nasi,just makan roti aku yang banyak tu. Ni sebagai denda kepada diriku sendiri kerana membeli conan dengan duit makan aku. Sebenarnya aku tak denda diri aku pun takpe, duit makan aku ada lagi. Aku malas je nak turun bawah blok untuk ke cafe. Takpelah..lagi pun berat aku makin naik. Bila lapar aku makan roti jer.
- Aku telah buat satu perancangan. Tapi tak tahu lah boleh di jalankan atau tidak. Aku takut orang lain akan terasa. Macam mana ye..aku ni jenis penakut juga kalau nak dedahkan satu kebenaran.
Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang
Ulasan