Langkau ke kandungan utama

Bagaimana bercinta cara Islam ?


Salam sejahtera semua...

Bagaimana bercinta cara Islam? Aku banyak buat kajian dan bertanya pandangan daripada orang lain. Banyak version betul...tapi disini aku boleh simpulkan bahawa hampir 100 peratus menyokong bercinta memang tak salah tapi kena ada caranya. Bagaimana? Itu korang sendiri la kena carinya. Aku nak tulis panjang-panjang takut tersalah pulak.

Sebelum ni aku pernahla ada kekasih hati..tetapi sepanjang aku kenal dengan si dia..aku rasa ada yang tak kena. Puas aku cari jawapan, akhirnya aku dapati cara kami bercinta adalah tidak betul. Selepas aku dan dia setuju untuk bercouple, aku dapat tawaran masuk UKM. Kami hanya sempat jumpa dalam dua kali kot (tak ingat la)....mak abah tak tahu..huhuhu....rasa sangat-sangat bersalah.

Setelah aku tanya diri aku...adakah aku ikhlas mencintainya...rupa-rupanya aku menipu diri sendiri...aku cuma nakkan perhatian saja. So, aku pun putuskan hubungan dengan dia. Sedih juga la...perasaan sayang tetap ada tapi aku rasa ini yang terbaik. Mujur juga kami berjauhan, kalau tidak pasti kami akan sentiasa ingin berjumpa...dan mungkin akan buat perkara yang tidak molek...huhuhu...

Terima kasih pada Allah kerana sedarkan aku. Terima kasih pada Allah juga kerana jumpakan aku dengan akak (x rumate aku). Akak tak banyak cakap sangat pasal hal ni...melainkan aku tanya dan aku perhatikan perbuatannya.

Aku kata pada si dia kalau ada jodoh antara kita, adalah ia..tapi dia tak boleh terima..dia nak kami bercouple juga. Aku tak boleh terima juga kerana ia melalaikan dia dan aku (adala sebab lain lagi aku tak boleh terima). Setelah menilai dari pelbagai aspek. Akhirnya aku putuskan untuk tidak terus berkawan dengan dia. Andai si dia baca blog aku ni, aku nak minta maaf sekali lagi kerana melukakan hati kamu.

Lama juga aku tutup pintu hati aku untuk menerima cinta dari seseorang. Ini kerana aku tak pasti kerana apa aku cintakan dia dan kerana apa dia cintakan aku. Adakah untuk seronok-seronok? Wah...tengok kawan-kawan lain ada kekasih, aku pun nak juga? Tengok orang lain pergi dating, makan sama-sama, pegang-pegang tangan...aku nak juga??

Hurm...jika aku bercouple dan buat semua tu...kemudian adakah ia akan kekal lepas berkahwin nanti? Lepas tu aku terfikir pula...cinta bagai nak rak (loghat pahang kot) tapi tak jadi kahwin..padahal semua perkara kita dah buat dengan pasangan kita....tak ke haru biru? Aku pernah tanya la pada seorang kawan laki aku..." adakah kamu suka pada perempuan yang mudah di ajak keluar (lebih2 lagi malam) tanpa orang lain?" Kawan aku cakap tak suka..sebab kalau perempuan tu terima ajakan dia dengan mudah tak mustahil juga dengan ajakan lelaki lain. Tapi semuanya tengok keadaan la kan...kadang-kadang mungkin ada perkara yang tidak dapat tidak kena jumpa juga. ( wah-wah ayat..;p )


Aku nak cari lelaki yang datang pada aku dan kawan dengan aku untuk jadi calon isteri dia...ada ker camni....hahaha...;p

Aku pernah kena tegur dengan kawan-kawan aku...jangan terlalu memilih..nanti payah. Kiter kena terima orang yang sayangkan kiter. Iya..tapi...huhuhu....sendiri fikirla...

========================================================

Kepada bakal suamiku...sesungguhnya aku mencintaimu bukan kerana kata-kata manismu tapi kerana pegangan agamamu, keikhlasanmu, cara kamu yang bijak membuka minda dan hatiku yang tertutup...

Aku mungkin bukan seperti gadis lain yang menjaga tutur kata, tingkah laku, aurat dengan sempurna. Tetapi aku tahu aku sedang berubah ke arah itu...

Andai aku hanyut...tariklah aku kembali...

;p - hatiku berbicara lagi...





Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya