Langkau ke kandungan utama

Pakweku...Pakweku jua...

Salam sejahtera....

Semalam menjadi sejarah, aku merempit dengan pakweku...yuhu...bestnya...Kami pergi shoping sama-sama di kompleks bintang, bangi. Lama dah tak pergi jalan-jalan.

Hehehe...nampak gatal ek...

Aku memang keluar ngan pakweku, nama dia abang lagenda. Tapi ada orang ketiga yang mengekori ku...huhuhu... (gurau jer)

Sebenarnya, semalam aku dan aisyah pergi shoping di warta (kini bintang). Yea...lama dah tak jalan-jalan dengan aisyah. Tujuan utama kami ialah nak cari baju baru. Hehehe dapat jugak..thanks tu aisyah sebab banyak sabar dengan aku. Nati kite keluar lagi deh..

Sedar-sedar dah nak dekat kul 2 lebih..zohor tak lagi...kami pun cepat balik..hari semakin gelap.

Sebenarnya semalam menjadi sejarah apabila gerhana matahari berlaku lagi antara jam 3 petang hingga 5 petang.

dari balkoni rumah aku

Sampai di rumah aku cepat-cepat pergi balkoni ambik gambar dulu. Waktu ni baru nak dekat jam 4 petang. Macam dah pukul 7 petang kan..gelap. Aku pun cepat-cepat gak solat sunat gerhana matahari. Ini shoping sakan la membuatkan aku tergesa-gesa. Ingat lepas asar nak g mandi kan pakwe aku..(huish...:p..) tapi mata dah mengantuk sangat dan badan pulak letih..so aku pun tidur ( adik-adik, tak baik tidur petang..jangan ikut kakak..:p..)

==========================================================

Pagi ni...siti ajak joging...tapi sebab cuti..aku jadi sedikit malas..(kantoi..;p) sikit jela.. Seperti yang dijanjikan dengan pakweku, aku gagahkan diri juga untuk mandikan dia di rumah siti. Terima kasih siti. Bukannya aku malas nak mandikan dia di rumah aku..cuma takder feel...tak best la..almaklum la..ramai lelaki yang suka skodeng..(ceh..cam ramai nak tengok aku...)

Aku rasa sedikit terkilan..kecewa dan sedih. Cerita dia macam ni..sebelum ni abah hantar pakwe aku mandi kat carwash ( hehehe...) buat pertama kali la... dah siap mandi....abah suh mamat kat situ bedakkan dia dengan wax..mula-mula nampak comel. Lepas lama sikit..kulit badan pakwe aku mula menunjukkan tanda tak comel.. macam pakai bedak bertapuk-tapuk. Abah.....nak buat macam mana ni.??? Abah pun cakap..tukar badan baru..huu....mudahnya dia cakap.. ingat macam beli gula getah 20 sen ker...

Semalam cari syampu untuk pakwe aku. Ingat nak cari wax jugak tapi fobia la...hari ni aku sental semahu-mahunya..bila lap dia kembali jadi macam tu juga. So aku minta sabun dynamo Siti. Hahaha...malas dah nak fikir. Sape ada cadangan untuk kembalikan body pakwe ku cantik berkilat?

Pakwe aku...

Lepas basuh abang lagenda, siti ajak aku makan di rumah dia. Huhuhu...langkah kanan sungguh. Terima kasih siti..sedap siti masak..;p


Cam malu-malu jer abang lagenda ni...
ye la dah tak comel cam dulu....
nanti as tukar badan baru yerk..



Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya