Langkau ke kandungan utama

Perancangan...

Justify Fullsaje je letak gambar ni...

Salam sejahtera semua pembaca My Idea @>--

Pengenalan

Blog ini adalah luahan hatiku, tempat aku kongsi cerita, pengetahuan, pengalaman dan perasaan aku. ;p

Permasalahan dan Persoalan

Hari ni hari sabtu, semalam lagi aku dah rancang aktiviti aku (walaupun orang lain yang cadangkan dulu). Tapi semuanya tak jadi.Huhuhu...mungkin ini lah yang dikatakan, kita hanya merancang tapi Allah yang menentukan. Yup, petang semalam aku ingat nak makan angin dengan aisyah sambil berborak-borak pasal percutian dia di kelantan. Tapi hujan yang dirahmati telah turun menyirami bumi. Alhamdulillah, mungkin aku boleh balik awal untuk persediaan pergi berenang pada malam tu. Tetapi, oleh kerana hujan semakin lebat di kawasan bangi, kawanku postpone pada pagi ni. Hurm, oklah takper, aku boleh sambung ngaji ngan kak sa'adah.

Tengah malam, tetiba dapat message, kawanku yang seorang lagi tak dapat pergi swimming pagi ni, ok takperla. Pagi ni bila tanya seorang lagi kawan, dia pun cakap tak dapat pergi---ada masalah peribadi ;p. Hurm......hati agak terkilan jugak...tapi sabar...mungkin ada hikmah di sebalik kejadian. Yups maybe, just wait.....

Wargh ingat nak tulis sikit je tapi panjang lebar lak. Hurm, mungkin aku rase sedih sikit kot. Sabar as..sabar.

======================================================

Sebut pasal perancangan, aku memang banyak perancangan dari akhir bulan lepas sehingga la bulan 1 ni. Alhamdulillah tuhan telah membantu aku dalam membuat semua pemilihan. Setiap pilihan yang aku buat tu membuatkan hati aku rasa lega dan senang. Aku dah dapat selesaikan beberapa permasalahan yang pernah aku listkan dalam blog aku sebelum ni. Aku akhirnya buat master by coursework and thesis.Mungkin kah ini yang terbaik untuk aku. Walau apa pun, aku akan cuba untuk buat yang paling terbaik.


Namun, masih ada satu pemilihan yang aku kena fikir semasak-masaknya. hangus pun takper. Aku tak pasti lagi dengan pilihan ini. Selain berdoa pada Allah, harap ahli keluarga dan kawan-kawan dapat membantu aku.

Penyelesaian

Aku kena banyakan berdoa dan bersabar dengan setiap dugaan. Hope aku tak cepat menangis seperti sebelum ni. ( Anak abah dah matang...hehehe). Tapi menangis merupakan satu terapi untuk aku melepaskan apa yang ada dalam kepala aku. Nak nangis juga tapi...sikit je..(boleh ke? ;p).


"macam tulis tesis lak, tapi pakai tulis je, tajuk tak sesuai. ni kalau hantar kat dr ni, kena reject 100%, pasti"

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya