Langkau ke kandungan utama

Salam Maulidur Rasul

Salam Maulidur Rasul kepada Pembaca My Idea @>--

Hari ini hari Jumaat 26 Febuari 2010 bersamaan 12 Rabiulawal 1431.

Hari yang dirahmati Allah S.W.T, hari kelahiran nabi junjungan kita Nabi Muhammad S.A.W.

Salam dan selawat ke atas baginda....

====================================================================


Aku tak berapa reti sangat nak tulis pasal Hari Maulidur Rasul ni. Sebab aku takut tersalah tulis mengenai hari yang mulia ni.

Kebiasaannya masa sekolah dulu-dulu, aku akan terlibat dengan perarakan Maulidur Rasul. Waktu tu aku beratur ramai-ramai dan berarak di kawasan sekolah.

Aku juga pernah berarak di kawasan penjara...ye la aku anak pegawai penjara.

Sekarang ni, dekat UKM pun ada perarakan Maulidur Rasul...cuma aku dah tak masuk mana-mana persatuan..so aku tak dapat la nak join perarakan tu. Memang ada iklan yang ajak (yeke?) cuma aku yang taknak.

===================================================================

Hari ni cuti...(semua orang tahu :D..)

Aku nak citer sikit apa yang tersirat dalam hatiku sekarang ni...biarpun tajuk aku mengenai Maulidur rasul.

Hati aku sekarang ni tengah rasa sedikit terkilan, sedih pun ada tapi sikit jer..kecewa pun ada tapi sikit juga...nak cakap kat sini semua perasaan negatif ada dalam hati aku ni tapi semuanya sikit jer. Perasaan negatif ni mungkin disebabkan hormon negatif aku yang tak stabil waktu nih. Cuaca pun panas ... sama panas dengan kepala dan hati aku sekarang ni.

Terlebih dahulu aku nak minta maaf pada sesiapa yang terasa ada kaitan dengan perasaan aku nih.

Minggu ni aku agak sibuk dengan assignments aku...So muka aku sangat serius. Housemate aku tegur aku sebab muka aku nampak stress. Aku cuba senyum tapi...huish buruknyer...:p

Kemudian tengah aku releks...kawan aku cakap nak datang bangi minggu ni. Aku terkedu...tak terucap...nak gembira ke? Sebab sebelum ni dia cakap nak datang jugak tapi tak jadi datang..tak boleh nak salahkan dia sebab aku kena faham situasi waktu tu. Sedih memang sedih la. Tapi kali ni aku taknak mengharap dah dia datang atau tidak... sebab aku takut terkecewa lagi. Kalau dia datang pun aku juga tak harap dah dia jumpa aku. Ini semua sebab kalau aku terlalu mengharap benda tu sukar untuk terjadi.

Lagi satu perkara yang aku sedikit terkilan. Semalam aku dah bersetuju nak pergi ikut bengkel di Pulau Redang minggu depan. Tetiba dapat email pagi ni kata ditangguhkan sebab ramai ahli yang tak dapat pergi minggu depan. Huhuhu...Dr. Jamaiah pun sedih gak..takper dr...maybe ada hikmahnya...

Bila di renung balik setiap perkara yang ditentukan oleh Allah memang ada banyak hikmahnya. Contohnya ialah...assignments aku berlambak-lambak kalau aku pergi pulau tu, aku akan pastikan semuanya siap sebelum tarikh pergi. Dari segi kualiti, assignment tu memang tak berkualiti. Tapi kalau aku tak pergi aku akan semak berulang kali sebelum di hantar. Kalau tak pun, aku mungkin buat kerja bertangguh-tangguh, yela dah takder per nak buat kan...masa banyak lagi...so kiter enjoy...hehehe..( tabiat buruk menangguhkan kerja)

Kesimpulannya As....

Jangan bersedih...perkara kecik jer nih...tak jejas apa-apa pun. Kalau tu perkara besar elok la awak nangis semahu-mahunya...citer kat satu dunia..;p




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya