Langkau ke kandungan utama

Kau Pergi



Salam sejahtera semua...

Pagi ni aku bangun awal cam biasa. Kemudian lepas solat subuh aku pergi beli nasi lemak. Kakak jual nasi lemak cakap rindu kat aku. Hehehe...lama dah tak beli nasi lemak dia. Kemudian aku sarapan sambil tengok MHI. Topik yang dibincangkan mengenai penderaan kanak-kanak.

Kemudian aku terfikir 2 minggu ni sebenarnya berlaku banyak peristiwa sedih...cuma aku yang tak cerita dalam My Idea ni. Maybe ramai kawan aku yang dah tau sebab aku dah citer pada korang kan.

Kalau dalam berita kiter dengar cerita penderaan budak 3 tahun yang membawa maut. Tapi aku lak pada pagi sabtu 27 Febuari 2010, dengar berita anak kawan housemate aku meninggal. Kemudian tengah santai pada petang hari tu kawan ku Noin telifon mengatakan Asraf meninggal dunia.

Berita kematian Asraf sangat mengejutkan aku. Aku mula tak sedap hati bila Noin telifon (sebab dia takkan telifon melainkan perkara penting). Aku pun tak terfikir dia akan tanya hal syarikat dah sebab dia dah berhenti kerja. Waktu tu aku memang terfikir ni mesti ada kaitan dengan seseorang. Dan seperti yang diduga benar. Asraf meninggal dunia sebabkan lemas di kawasan rekreasi.

Seperti biasa bila seseorang meninggal dunia kiter akan terkenang saat-saat dia hidup. Macam mana kiter kenal dia dan kebaikan dia pada kite. Aku pula terkenangkan akhlak dia yang baik, seorang yang menjaga agamanya dan dia orang yang agak peramah. Waktu aku mula kerja di tempat baru, dia yang tegur aku sebab aku senyap sangat. :D

Masa ditempat kerja lama aku, aku selalu perhatikan asraf. Dia tak seperti kawan-kawan yang lain, bila time solat dia akan segera solat. Dia tak merokok dan sentiasa menjaga tutur katanya. Jika nak jadi calon suami ni memang kira ok dah. Tapi ni dari pandangan aku la. Sebab aku kerja sebulan jer lepas tu aku tukar ke UKM.

Last contact, awal bulan dua. Dia minta tolong aku untuk jadi staff IT dia. Aku waktu tu memang tak boleh tolong sebab aku terikat kontrak dengan KPT. Tapi, aku dah setuju nak tolong dia buat part time. Sangat-sangat tak sangka bila dia dijemput Ilahi seawal ni.

Kelmarin malam, tengah study, tetiba no Asraf keluar di handsetku. Huish....budak ni hidup lagi...hatiku bertanya. Rupa-rupanya adik asraf yang guna no tu. Dia sebarkan abang dia dah kembali ke rahmatullah. Adik dia duk tanya siapa kekasih abang dia. Huhuhu...aku tak tau. Sebab aku dah tak kerja ngan dia dan kami pun jarang berhubung. Sori sangat-sangat.

Setiap kejadian ada hikmahnya, Allah menjemput Asraf pergi awal kepadaNya maybe sebab taknak dia terjebak lebih lama dengan dunia yang semakin huru-hara ni. Kiter yang masih hidup ni pula diminta untuk terus beringat siapa kita dan apa tugas kiter di dunia ini.

Al-Fatihah buat sahabatku Asraf Othman

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...