Langkau ke kandungan utama

Hari Mak

Salam sejahtera semua

Hari ni aku nak cerita sedikit tentang sambutan hari mak yang telah dilakukan di rumah kami, Temerloh Pahang.

Asalnya aku tak plan apa-apa pun..tapi tetiba along ajak pergi bandar cari kek. So, aku pun ambik kesempatan untuk beli Quran. Memang dah ada Quran kat rumah, tapi kali ni Quran yang mempunyai tulisan yang besar. Lama dah aku dengar mak cakap nak Quran ni, so aku pun ronda satu bandar temerloh mencarinya.

Along bawak keta laju....(==)!

Akhirnya aku dapat juga beli Quran tu, bila buka jer aku rasa seronok nak membacanya sebab tulisan dia sangat besar dan jelas...(adakah aku telah rabun juga (~~)! )

Selepas beli Quran, along dan aku pergi cari kek di Secret Resepi. Kami nak beli kek Strawberi Choc tapi takder. So, kami pun ambik jer la banana Choc.


Sangat Simple...nyesal tak check dulu...

Dalam perjalanan pulang mak call..sebab tak jumpa aku dalam rumah ( keluar senyap2) adik kate kat mak, aku keluar ngan abah..sekali abah balik sorang...kantoi...tapi rancangan masih berjalan lancar sebab aku kate keluar ngan along beli barang makan tuk bawak ke masjid malam tu...(^^)

Sampai jer di rumah, mak tengok aku beli kek...besar punyer!!! Mak tanya harijadi siapa? Kak Ela ker...aku cuma em..em jer...Mak tak tanya banyak dan suruh aku cepat siap pergi masjid sebab malam ni keluarga aku wat majlis kesyukuran sempena Kak Ela dapat kerja.

Selesai jer majlis aku pun kumpul para-para ibu dan bakal ibu ( Wan, Maklong, Mak dan Kak Ela) di rumah kami. Mak terkejut bila tengok kek tu tulis selamat hari ibu...

Mak menangis terharu..huhuhu...aku pun nak nangis gak tp cool...hebat la... Kami bergambar beramai-ramai. Tapi kamera along tak bawak kabel so aku tak dapat lagi gambar tu.. nak tunggu lam fb pun lambat gak. Tapi mujur aku ada ambik gambar kek ngan handset.

Masa duduk berdua dalam bilik ngan mak..aku pun keluarkan bungkusan. Mak tanya buku apa tu? Aku pun bagi kat mak...Nah, Selamat Hari Ibu sambil peluk dan cium pipi mak...air mata mak cepat tumpah...hurm patut la aku ni mudah menangis ek.. (==)/

Sekarang ni kalau mak call jer n tanya tengah watper? mak cakap baru lepas ngaji Quran yang as beli....hukhukhuk...lepas ni takder la mak merenung lama-lama ayat tu walaupun pakai spek....lega rasanyer bila mak suka dengan pemberian yang tak seberapa ni....

kepada mak ku Kasuma Dewi, we love u so much...

Mak saya

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya