Langkau ke kandungan utama

Adik beradik Angkat


Salam sejahtera semua (^^)/

Masih terasa keseronokan bersama-sama dengan adik beradik angkat dari KIPSAS (Kolej Islam Pahang Sultan Ahmad Shah).

Hari ni saya nak bercerita sedikit sebanyak tentang peristiwa dari Khamis hingga Ahad malam semalam.

Kampung kami, Kg, Pulau Pasir Mandi, Temerloh, Pahang telah menerima kedatangan pelajar-pelajar KIPSAS sebagai anak angkat.

Saya rasa sangat-sangat teruja sebab saya tak pernah merasai peristiwa macam ini. So, saya cuba siapkan semua esemen yang ada sebelum duedatenya dan balik pada Khamis 4 hb Ogos 2010. Tak sempat nak pergi pesta konvo...(~~)!

Pada malam jumaat itu, saya bertungkus lumus bersama-sama dengan mak dan maklong menyediakan sambal ikan bilis untuk santapan pada pagi esok. Target abah lebih 30 orang pelajar akan makan di rumah kami. Hanya kami bertiga pada malam itu...mana semua orang lain???

Mak cakap...bila kita sudah janji kita mesti usahakannya dengan sedaya upaya, biar tidak tidur tapi janji anak-anak nanti boleh makan. Abah pula sangat pantang kalau tetamu yang datang tidak dilayan dengan sebaiknya.

So, saya sebagai anak perempuan, saya mesti bantu mak dengan sedaya upaya (dalam hati...hukhukhuk...tabahkan hati kau as, rajinkan diri kau yang malas as!!)

Hari Jumaat
Selepas solat jumaat, Along telah ditugaskan untuk umumkan keluarga angkat bagi setiap pelajar KIPSAS. Saya tak dapat nak menghadiri majlis tersebut kerana sibuk dengan pelbagai kerja. Saya cuma tahu ada 4 orang anak angkat mak. Tapi rasa ada lebih lagi kot...hehehe...diaorang ni sangat manja la...tak kira anak angkat siapa pun diaorang masih panggil mak abah sebagai mak dan abah. Tiada diskriminasi, mak abah tetap layan mereka sama rata... Hurm..lega rasanya...

Sangat ramai pelajar dari KIPSAS. Sampai saya tak tahu siapa anak mak abah..siapa anak maklong, siapa anak atok dan anak siapa-siapa lah....tapi yang pasti sangat seronok kenal kamu semua dan saya nak anggap kamu semua adik-beradik saya (buleh ker?? (^^)! )


Jumaat Malam Sabtu
Pada malam itu, di adakan forum perdana...tajuk tentang ukhwah...saya datang lewat sebab kena setelkan keja rumah...tapi sempat jugakla dengar ceramah tu. Owh sungguh memberi kesan yang mendalam. Alhamdulillah, mana-mana keluarga yang tidak bertegur selama 10 tahun sudah bertegur keesokannya!!!

Sabtu
Waktu ini ada masakan bergotong royong di padang kampung. Semua masakan kampung..nyum-nyum..tapi saya tak der selera nak makan sebab terlalu penat..hanya makan roti canai saja...(cam orang tu)

Petang pulak diadakan kelas fardu ain untuk semua golongan..(^^)/

Malam lak diadakan pentomen, nasyid, dan macam-macam lagi.. then ada qiammulail...tak pergi jugak..sebab bantu mak siapkan sarapan pagi...huhuhu..ngantuk...

Ahad
Lega rasanya..sebab tak jadi balik pagi tuh....ada sukaneka...tengok along n angah men bola...fuhhhh hebat....dah lama tak tengok 2 beradik tu main..(yerla...dah beso2 ni segan saya nak tengok laki men bola kat padang)

Sebelah petangnya saya dan adik-beradik nih pergi jenjalan ke Gunung Senyum. Budin cakap Gunung Sengih..ngeeee (^^)/

Selepas itu, saya pun terus balik ke Bangi bersama abang sepupu. Sampai dirumah, terus tidur.

Isnin
saya bangun pagi dengan badan-badan yang masih sakit tetapi otak masih menyimpan kenangan-kenangan manis bersama mereka...huhuhu...hati terasa sayu. Lagi menyedihkan apabila dapat tau kelas cancel pada pagi ini....kalau tau balik pagi ini. Leh tengok korang berlepas pulang malam tadi.


Budin bersama-sama dengan akak-akak mereka.....sukanya dia!!!

Owh gambar dari kamera masih tak dapat lagi, along hilangkan card reader and cabel. Gambar dari handset tak cumel!! huhuhuhu...

Ok sayonara!!!


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya