Langkau ke kandungan utama

Fasa 2

Assalamualaikum semua (~~)

Hari ini kita telah masuk fasa ke dua kita berpuasa. Semalam masa menunggu untuk buka puasa. Seorang muslimah telah memberi sedikit tazkirah. Cerita dia lebih kurang macam ini....

Satu hari seorang lelaki telah datang kepada Saidina Abu Bakar as-siddiq dan Rasulullah S.A.W. Lelaki tersebut telah memaki hamun Saidina Abu Bakar. Namun, beliau dan baginda Rasulullah S.A.W hanya berdiam diri sahaja. Lelaki tersebut tidak puas hati dan terus memaki hamun sehingga Abu Bakar rasa tercabar dan terbangun dengan cepatnya.

Rasulullah S.A.W pun turut bangun dan ingin pergi dari situ. Hal ini mengejutkan Abu Bakar lalu beliau bertanya pada baginda S.A.W. " Ya, Rasulullah, kenapa kamu ingin pergi sewaktu lelaki itu memaki aku" Lalu baginda S.A.W berkata " Sewaktu kamu bersabar dimaki hamun, malaikat ada berdiri disebelah kamu untuk membalas kata-kata lelaki tersebut. Namun, apabila kamu bangun untuk membalasnya. Malaikat beredar dan datanglah syaitan. Sesungguhnya aku tidak mahu berada bersama-sama dengan syaitan".

-----------------------------------------------------------------------------------------

Lebih kurang camtulah tazkirah sebelum berbuka puasa semalam. Saya terpaksa cari balik citer ini dionline sebab ada sedikit kekeliruan tentang cerita yang disampaikan. Andai ada salah dan silap cerita di atas...maaf ya...

Apa yang kawan-kawan faham dari cerita di atas (^^)/ ???

----------------------------------------------------------------------------------------

Sesungguhnya hati saya sekarang ni ada kemarahan...saya tak tahu macam mana untuk lepaskan marah ini. Rasa sangat menyeksakan diri. Sejak dua menjak ini saya selalu pendamkan marah, sedih dan kecewa. Sampaikan satu tahap, tiada ruang kosong lagi untuk disimpan dalam hati menyebabkan ia meletup...pow!!! =p

Ia sangat tidak baik untuk kesihatan saya. Inikah puncanya berat saya makin turun. Wah....cara penurunan berat badan yang tidak sihat!!!!

Teringat masa sekolah dulu, seorang guru saya yang berbadan sihat ditegur oleh seoorang guru lelaki kerana badannya yang besar. Guru saya itu terasa hati lalu dia bertanya pada saya " As...gemuk sangat kah saya???" Owh.....tidak termampu untuk saya berkata-kata...hanya tersengih...lalu guru itu beritahukan hal ini pada suaminya. Suami guru pun berkata " Tidak sayang...kamu tidaklah terlalu gemuk...itu tanda kamu bahagia" So...sweet...guru saya pernah cakap sejak dia kahwin dia sangat bahagia bersama suaminya.

Owh....saya mula terfikir adakah gemuk itu bahagia dan kurus itu sengsara?? Adakah saya tengah makan hati sekarang ini?? Tidak kot!!!!!

------------------------------------------------------------------------------------------

Will of "D" ??? apa yang saya cuba sampaikan... saya agak terasa hati dengan perkataan tersebut. Orang cakap kata-kata itu melambangkan sifatnya sendiri. Setengah orang suka berkata tanpa berfikir. Saya juga macam itu. Tapi apabila saya sedar saya sangat menyesal. Tapi pepatah mengatakan terlajak perahu boleh diundur...terlajak kata? siapa yang tahu?

Takper la as.... lebih baik kamu diam sahaja dari bertanyakan ia, sebab ini bukan ilmu tapi ini kebenaran. Biarlah kebenaran itu terjadi dari diberitahu....I don't care anymore.

-----------------------------------------------------------------------------------------
Buah yang paling manis selalunya matang pada hujungnya-apakah ini????

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya