Langkau ke kandungan utama

Langkah pertama


Assalamualaikum......ada orang tak?? (hehehe..pe bagi salam kat rumah orang lak)

Hari ini saya nak bercerita episod langkah pertama saya....perkataan AKU diperlukan.

Dua malam yang lepas aku telah mulakan langkah pertama. Owh...sungguh tak percaya aku lakukannya kembali. Teringat dahulu kala sewaktu belajar melangkah satu persatu. Waktu itu saya tidak mengerti pengertian bagi setiap langkah yang diambil. Lalu, guru-guru dan kawan-kawan menerangkannya satu persatu. Aku mula menyukainya.

Namun, setelah berpisah dengan mereka semua...kekuatan langkah ku kian goyah. Pada mulanya angin hitam hanya meniup bayunya kepada aku dengan penuh kelembutan, dapat ku tepis dengan alasan hati yang kukuh.

Ketidak puasan hati bagi hati-hati yang berada dikelilingku bersatu meniupkan angin hitam yang bertukar menjadi taufan mula mengganggu langkahku. Aku terhenti untuk berfikir seketika. Nafsuku memujuk hatiku...katanya "takper sedikit sahaja". Akalku menjadi pendek kerana terlalu mengikutkan hati. Langkah ku yang laju mula menjadi perlahan.

Aku mula hanyut seketika....tiada larangan keras dikenakan pada aku. Kenapa?? Sebab aku dah besar ya???

------------------------------------------------------------------------------------------

Setelah bertahun lamanya tergantung diawangan hitam, aku bertemu sinar kegembiraan. Siapakah dia ini??? Wah...indahnya melihat keperibadiannya. Hati mula terdetik, cantik, indah, senang. Satu masa dahulu aku sepertinya...kenapa kini aku sudah berubah??? Hati mula sayu.

Hatiku mula terfikir untuk kembali pada langkah yang ditinggalkan. Namun, nafsu kembali menangis merayu.." Jangan!!!!...tidak!!!...kamu tidak akan mampu lakukannya!!!, perhatikan sekeliling kamu...pasti ada yang kata kamu berlakon, pasti ada yang kata kamu mahu menunjuk-nunjuk!!!"

Hati mula risau dengan kata-kata nafsu. Hati berbincang kembali dengan akal. Lalu akal berkata, Allah mengganugerahkan aku untuk berfikir setelah membaca undang-undang yang ditetapkan olehNya. Maka dengarlah kata aku dan lihatlah sendiri keajaibanNya. Aku tahu jauh disudut hati kamu (dalam hati ada hati =p ) kamu membenarkan apa yang telah dinyatakan olehNya. Tinggal lagi kamu perlukan sokongan dan kekuatan.



---------------------------------------------------------------------------------------------

Kini aku memulakan semula langkah pertama aku. Kali ini aku lakukannya dengan penuh pengertian. Walaupun langkah ini bermula dengan perlahan dan penuh halangan. Aku tetap yakin Allah, keluarga dan sahabat-sahabatku akan membantu dan menyokong aku. Hanya aku yang mampu mengubah diriku.

Setiap kali ego dan nafsu cuba mendekati hatiku, akalku dengan pantas mengingatkan hati untuk beristighfar

post ini saya dedikasi khas buat sahabat-sahabat saya yang saya sayangi (^^)/

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...