Langkau ke kandungan utama

Makan Talam

Assalamualaikum...(^^)

Hari ni sudah hari kesepuluh kita berpuasa.

Semalam, saya diberi kesempatan untuk berbuka puasa di Masjid, UKM. Alhamdulillah, rezeki yang dianugereahkan oleh Allah sangat mengenyangkan perut dan sedap.

Cara berbuka puasa disini adalah dengan makan bersama dalam satu talam. Satu talam memerlukan antara 4 hingga 5 orang. Saya datang bersama dengan housemate, Ayu. Kami hanya berdua maka kami mencari lagi dua orang untuk makan bersama.

Semasa menunggu talam kami sampai, seorang hamba Allah melambai-lambai tangannya kepada saya. Sayakah??? hati kecil bertanya. Tengok kiri-kanan, depan-belakang, tiada respons..sambil tersengih...sayakah?? sambil buat muka keliru? Rupa-rupanya dia nak ajak makan bersama dengan dia. Hehehehe....

Talam kami

Owh, kenapa kali ini berbuka puasa beramai-ramai sangat seronok ya??? Makan bersama-sama dengan satu talam sahaja. Teringat beberapa tahun lepas, saya agak kekok, sampai nasi yang masuk ke perut rasa susah nak ditelan..(malu ya??)

Kali ini saya sudah tidak malu, sudah tidak kekok...kerana saya fikir orang sekeliling saya sangat peramah dan murah senyuman? atau saya lihat orang disekeliling saya tidak memerhatikan orang lain dengan penuh pertanyaan....atau saya saja yang perasan sendiri...=p

Selesai saja makan, saya bergegas berwuduk dan solat maghrib...owh sungguh sedih tidak sempat dengan jemaah (ini salah satu saya kurang suka apabila saya terleka makan)


Terawih di UKM sudah berubah rakaatnya??

Tahun-tahun lepas kebiasaannya akan buat 16 rakaat berserta dengan surah-surah yang agak panjang...(teringat pada kawan yang tidur semasa solat terawih....hehehe)

Tahun ini hanya 11 rakaat sahaja. Tapi surah yang dibaca masih panjang tidak berubah. (^^).
Jadi perkiraan waktu abis ialah hampir jam 10.00 malam. Kalau surau disebelah rumahku 11 rakaat juga, tapi surah pendek sahaja tanpa bacaan antara dua rakaat-dua rakaat (kurang seronokla). So, habis hampir jam 9.30 malam.

Abah cakap sementara saya diperantauan orang pergila cuba berbuka di Masjid India dan Kampung Baru. Dulu abah pernah tinggal di Kampung Baru...dia cakap best jugak bukak disana. Owh..hoho..kalau saya mau pergi sana jam 3 petang sudah kena keluar rumah.

-------------------------------------------------------------------------------------------------

Bulan Ogos sudah tinggal 11 hari lagi. Hati sungguh mendebarkan...agak-agak apa yang akan berlaku yer? LUPA kan!!! jangan difikir lagi benda yang tidak nampak? Bolehkah?

Serabutnya.....

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya