Langkau ke kandungan utama

Ganti Puasa

Assalamualaikum!!!!! ada orang kat blog tak??? hehehe

Hari ni hari khamis bersamaan dengan 23 September 2010 dan 14 Syawal.

Eh..eh..kejap jer masa berlalu kan??? Kejap jer dah nak hujung tahun...kejap jer dah nak abis belajar (jangan perasan As!!! ) dan kejap jer dah nak...... =p


Sebut kejap-kejap nih...aok mer dah abis ganti pose ker?? soklan rasmi untuk kaum hawa. Bagi laki-laki yang ada tinggal pose kerana malas..sila malu pada diri anda okey???

Saya tanya sebab saya sudah habis ganti!!!!! Yeay!!! tapi tak beraya sakan lagi =(

Seperti yang dirancangkan saya mula berpuasa pada hari raya ke-4 hingga la terus ke hari raya yang ke-11 dan skip pada hari raya yang ke-10.

Setiap kali masuk bulan Syawal, mulalah persoalan yang sama akan timbul dari kalangan kaum hawa nih.... boleh nggak disatukan puasa ganti berserta dengan puasa enam?. ATAU betul ke kiter takleh puasa 6 selagi tak selesai puasa ganti.

Penat la dengar banyak pendapat dan jawapan yang tidak mempunyai bukti yang kukuh. So, bagi pendapat saya apa salahnya kalau kiter percepatkan bayar hutang puasa kita tu kan??? lepas tu kalau sementara mood rajin itu masih panas membakar teruskan aje la puasa 6 lepas puasa ganti tu...mudah kan??

Tapi bagi sesiapa yang banyak hutang tu kena la mula awal...jangan pas 2 minggu raya pastu dah nak masuk 2nd period baru nak ganti memang tak sempat la cik kak woii...

Masa sekolah dulu, ustazah selalu tunjuk teladan yang baik...bila jemput open house jer...ustazah dah pesan dia mula puasa 6 pada hari yang ke-4..tiada skip hari deret terus 6 hari. Hehehehe...kecik-kecik dulu malas jugak nak ikut teladan ustazah...(kecik ker???)

Tapi bila kita semakin tua ini ( baru 25 =p ) kita mula berfikir dengan lebih jauh... selagi kita sihat, buatla ibadat dengan sepenuhnya, bekerja dengan sepenuhnya, belajar dengan sepenuhnya dan bercinta dengan sepenuhnya...hehehehe tapi ada batasnya...

Apa-apa pun saya nak nasihatkan pada kawan-kawan baik saya terutama ....... cepat-cepat ganti puasa kamu tuh!!! jangan sampai saya membebel bila tau lagi... bukan saya yang rugi kamu juga...sampai kena bayar denda sebab tak sempat ganti...kalau kamu ada duit lain la...tapi tak bermaksud juga kalau kamu mampu kamu boleh tidak ganti...huhuhu

Jangan marah yer kepada yang terasa...sebab saya sayang sangat sama kamu.... ada time kamu pulak yang marah saya okey??? marah bersebab la... kalau tak saya juga hangin!! hehehe..

kenangan dibulan ramadhan
bermain di tepi kolam sambil membebel...
ni keje si dia yang suka mengambil gambar waktu mulut orang tengah ternganga...huk3
----------------------------------------------------------------------------------------------

Ok ini nak citer tentang perangai malas saya.... owh memang bertuah ini perangai....

M.A.K.A.N

Sebut makan.... ada seorang kawan saya ni memang rajin makan... dan saya memang suka kawan dengan orang yang suka makan...tapi kali ini saya bersendirian....tiada lagi kawan-kawan yang suka makan.

Bila tiada kawan yang pemakan, maka saya jadi pemalas. Saya akhirnya mati kelaparan..... ---uikksss....ni kalau mak tau nih bising dia sebab cakap benda yang mengarut.

Truly, saya payah nak makan kalau takder kawan. Kalau kat rumah, bila lapar saya rajin masak..masak la apa-apa pun asalkan saya kenyang ditambahkan lagi kalau ada mak abah..memang wajib dah kena masak. Di tambah juga lagi, along dan anak buah yang memang suka makan bertandang dirumah kami walaupun dah makan dirumah sendiri...air tangan ibu dan adik ini pasti jua yang sedap..ececeh...

Semalam last saya makan ialah pada jam 1130 pagi di fakulti, waktu itu saya ada kawan. Saya pancing dia supaya teman saya makan...kebetulan dia memang lapar..yehaaa...

Kemudian petang itu, saya mula terasa lapar lagi -- dinner time.. tapi tidak ada apa di dapur...orang bujang yang kering kontang..huk huk huk... saya sudah lama tidak beri barang dapur sebab baru lepas bulan puasa dan kerap balik kampung... so saya malas beli takut berkulat aja.

Malamnya..saya hanya minum susu panas... lega...fikir dah makan sekali sehari cukup la kot..ko perut jangan ngade-ngade..orang kat palestin tu ada berminggu-minggu tak makan.

Pagi ini, bangun perut nyanyi lagu keroncong..kesian dia...kalau kat rumah, mesti masak nasi goreng, nasi lemak, mee goreng takpun terus makan nasi berlauk. So, sekali lagi saya pujuk dia dengan susu panas dan kuih raya.

Saya kata pada perut...tengah hari ini kita pergi makan ye?? Sekali hujan daa... hati yang malas beteriak gembira!!! tido....

Bangun solat zohor..perut tak cakap apa? Senyap...... pengsankah dia?? Saya mula risau.... tapi terus bermain dengan lappy dan membaca blog. Saya ada banyak agenda yang tidak berfaedah bagi korang tapi bagi saya yer!.

Tidak lama kemudian perut berbunyi lagi...owh..kali ini saya akan tunaikan kata-kata saya untuk pergi makan selepas solat asar. Kemudian, jalan-jalan cari hadiah untuk pengatin baru...sayakah??? mestilah tidak!!!! hukhukhuk....


---------------------------------------------------------------------------------------------

Sifat malas ini la menyebabkan berat saya semakin susut ye.... mula teringat masa raya, makcik-makcik tegur sebab saya makin kurus... hehehe... bahaya nih... jangan bimbang bila saya berada dirumah bersama tersayang saya akan kembali tembam dan pipi yang lebih chubby... boleh la nak cubit-cubit kan?? hahaha

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya