Langkau ke kandungan utama

MALANG KAH TUAH

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Sekarang waktu malam, tiada siapa dirumah dan saya dalam keadaan tidak selesa, tidak sihat, tidak seronok, tidak gembira dan mula rindukan rumah kampung saya dan pelukkan ibu saya.

Saya keseorangan dirumah, tiada siapa dirumah. Mana pergi semua orang??? Rumah ini hanya persinggahan sementara sahaja, untuk tidur, mandi, rehat dan keluar setelah mempunyai tenaga yang cukup untuk aktiviti seterusnya. Begitulah kehidupan kami penghuni rumah ini yang masih belajar.

Kini saya tinggal keseorangan, saya tidak sangka akan tinggal seorang, kerana biasanya saya yang akan meninggalkan budak-budak rumah. Hehehehe...

-----------------------------------------------------------------------------------
ehsan pakcik Google.com

Semalam sempat jumpa juga dengan seorang housemate sebelum dia keluar tak balik-balik.

Dialog kami

Housemate : Wah..acik nampak muda!!!!
Saya : owh ek... dalam hati berkata---> ( Bodek la tuh )
Housemate : serius la
Saya : dalam hati berkata--->(saya memang muda lagi)
Housemate : Tak nangis ker???
Saya : menangis la jugak dalam hati.

( Setakat hilang ini??? saya pernah kehilangan benda yang lebih berharga dari ini.... saya sudah banyak menangis...)

Jika hilang itu boleh dijumpai semula ia sangat bagus dan saya sangat suka, tapi mungkinkah??

Malang atau tuah??

--------------------------------------------------------------------------------------------
Mari saya ceritakan apa yang saya baca dari beberapa buah majalah dalam 2 3 bulan ini. Cerita yang sama tapi versi yang berlainan.


Seorang penternak kuda kehilangan beberapa ekor kudanya. Lalu dia mengucapkan " MALANG KAH TUAH??"

Seminggu kemudian, kuda-kudanya pulang dengan sekumpulan kuda-kuda liar. Lalu dia mengucapkan " MALANG KAH TUAH??"

Kemudian, anak penternak kuda cuba menjinakkan kuda-kuda liar, tiba-tiba seekor daripadanya memijak kaki si anak itu. Maka patahlah kakinya.
Si penternak mengucapkan " MALANG KAH TUAH??"

Orang kampung yang mendengarnya, mengatakan pada si penternak, " Sudah tentulah malang, mana tuahnya??? anak kamu sudah cacat!!!! "

Beberapa hari berlalu, tiba-tiba datang sekumpulan penyamun yang terkenal satu negara ke kampung tersebut. Penyamun-penyamun ini, menangkap anak-anak muda untuk dipaksa latih menjadi penyamun.

Anak si penternak terselamat kerana kecederaannya. Lalu si penternak menyebut dengan perlahan "MALANG KAH TUAH???"

--------------------------------------------------------------------------------------------

Malang kah tuah bila kita dapat sesuatu negatif atau positif???


Pernah seorang sahabat berkata pada saya.." Saya sungguh bertuah berjumpa dengan dia".

Sekarang saya cuba mengingati kembali bagaimana saya bertemu dengan kawan-kawan saya. Malang kah tuah??

99.90 percent adalah tuah. Yang baki itu bukan malang, tapi tersilap langkah yang juga berpunca dari niat negatif saya.

Kita tidak akan tahu apa yang tertulis dalam buku kehidupan kita. Yang hanya tahu hanyalah ALLAH S.W.T




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya