Langkau ke kandungan utama

Bila as cuba sibukkan diri

Assalammualaikum dan salam 1 Malaysia.

Hari ini nak cerita tentang aktiviti mak, abah dan anak beberapa minggu lepas.


Seperti biasa, apabila runsing akan pulang ke kampung halaman untuk mencari ketenangan dan buat-buat sibuk. Kadang-kadang tu tak sampai seminggu pun di Bangi dah pulang semula ke kampung. Bukan apa saya bimbang orang kampung rindu saya..hahaha.


Ok teruskan cerita, awal bulan dua ni saya pulang seminggu ( Kan cuti raya cina) kebetulan 2 hb 2 hari jadi abang za. So, saya bersemangat nak buat donut. Maka, inilah yang terjadi...



hasil terakhir

mak bantu letak bintang-bintang

menyepahkan dapur mak

putar tepung


Saya teringin nak makan donut celup choco. So saya telah pilih satu resepi mini donut. Saya tidak pandai masak, tapi saya pelik kenapa donut saya kena bakar bukan goreng. Mak hanya diamkan diri tengok gelagat saya yang membebel sorang. Bila dah siap bakar maka saya cuba makan lalu menangis...huhuhuhu...saya tidak mahu ini donut. Ini bukan donut tapi kuih raya. Ini first time saya buat kuih raya yang terbesar dalam hidup saya. Sempena tahun baru cina siapa datang makan sebiji terus balik. Hahahaha


Mak ketawa dari jauh, lalu berkata " Mak dah tahu, saja mak senyapkan " Owhhh, sangkaan saya betul bila tengok donut ini hanyala kuih. Patutla tak pakai mauripan. Hahahaha...dah bertahun kau buat kuih dengan mak patut kau ikut gerak hati bukan kepala kau yang berserabut tuh. Apa-apa pun mak cakap sedap sebab ada rasa badam dan disaluti coklat. Rangup..hahaha

Dapat sebalang (^^)/. Kepada abang za selamat hari lahir...hahaha amiklah mini donut ni dari adikmu tersayang....

---------------------------------------------------------------------------------------------

13 hb 2 2011, abah ajak pergi kempen derma darah. Kebetulan waktu tu dah nak genap 3 bulan saya derma dan saya suci..heheheh...jom...derma dara..opsss darah ok???


ngeri kah???


Setakut mana saya menderma darah, abah tetap buat tak layan...dan pastinya ego saya tinggi disebabkan abah...kalau mak pastinya dah tak bagi, tapi kuasa di tangan abah, lagipun ini adalah kehendak saya.

Kelakarnya, saya diminta untuk tidak menderma darah kerana jarum rosak dua kali waktu ujian darah. Ohohoho...saya bertambah takut, tapi saya tekad untuk cuba kali ketiga dengan pakai jarum khas. Benci bila ada orang takut-takutkan saya, mujur abah jauh, kalau tidak memang awak dah kena. Patut bagi semangat la, nanti kalau ada orang tak cukup darah macam mana??

Kali ketiga berjaya melukakan jari manis saya. Nurse minta maaf pada saya kerana cucuk jari saya banyak kali. Huhuhuhu...meh belanja saya KFC boleh??? hahaha


Adakah saya awek muda bila ditegur doktor yang tidak percaya saya akan masuk 26 tahun ini??? Hahaha..ok as jangan riak...

Saya tidak tahu kenapa saya gugup masa derma darah kali ini. Spritual saya juga lemah, sehinggakan saya berasa sakit sepanjang masa proses darah keluar, tapi mujur ramai yang buat lawak keliling saya sehingga saya lupa saya sakit.

Yang malunya saya kena derma di kawasan lobi, ok ni last saya buat di lobi, abah pun setuju. Nanti kita pergi ke bilik khas....

Sebelum ni saya biasa derma 450 ml tapi kali ke 6 dan ke 7 ni saya hanya diberi 350 ml. Ambil la lebih sikit nurse, takut saya pengsan ek sebab berat saya tak 60 dah?? Dr dah approve tapi nurse rasa kesian..baiknya hati nurse ek...piza hut satu ya??

Lepas derma saya rehat dalam 15 minit kemudian pergi melawat orang kampung sakit. Terasa pening dan meloya. Tangan kiri saya tidak boleh diangkat. Saya hanya diam.

Sampai dirumah, air tangki takder (bekalan air terganggu), maka saya terus angkat tangki air bersama abah ke tepi jalan untuk tunggu lori air.

Malam itu, saya demam dan menangis lagi. Esok lusenya, saya masih terus bekerja dengan tangan saya sakit lagi.

Pengorbanan saya terlalu kecil berbanding pengorbanan Rasulullah S.A.W yang menyebarkan Islam dan memimpin kita ke arah jalan yang diredhaiNya. Saya harap orang yang terima darah saya menjadi berani untuk teruskan hidup. InshaAllah.





Ulasan

Tulip berkata…
nak donut jugak...
Acik As berkata…
tulip amek gambar donut ajer la..hehehe

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya