Langkau ke kandungan utama

Bukan jodoh saya dengan dia

Assalammualaikum dan salam sejahtera....


Hari ni saya bermalas-malasan. Tiada mood. Lepas subuh saya termenung sampai tertidur.

Tetiba kawan ajak p swimming di danau pool. So, tanpa mandi (cuci muka berus gigi ok??) saya terus merempit ke sana dan terjun papan anjal...hahaha....acah aja.

Berejam-rejam berenang walau kayuh itik saja, sampai muka kawan hangus terbakar (saya tidak ok???). Kemudian dalam jam kul 10 lebih saya pun balik dan makan dan berkurung dalam bilik.

Mood untuk baik pulih proposal masih tidak kunjung tiba. Kena paksa diri. Malam tadi sampai kul 1 lebih belajar perisian 3d dan program Flartoolkit.

Ok CUKUP....


Ni nak citer pasal jodoh saya dengan dia.

Hari ni saya jalan pasar malam dengan kak Saadah...tertanya-tanya apa saya nak makan so pusing-pusing last sekali terpikir nak makan sup. So saya beli soto. Tempat tu memang agak ramai pelanggan, maybe sangat sodap kot. Akak sokmo beli situ so dia suh saya beli situ gak.

Masa hantar akak balik rumah, saya telah menyerahkan semua barang akak pada kawan dia yang dah tunggu depan blok. (tak sabar-sabar nak makan kali).

So, pastu saya pun rempit selajunya sebab dah maghrib, tiba-tiba belum sempat naik bukit rumah, telifon...telifon berbunyi (nyanyi lagu wonderpets).

Saya yang handsfree tak tahu siapa disana tetiba dengar satu jeritan nama saya....assssssssssss.... erkkk...pekak telinga saya. Terbrekk mengejut saya...mujur da tepi jalan kalu tak mau xcdent saya....

Rupanya akak comel saya berkata sesuatu yang saya sangat-sangat terkejut. Xpelah akak....DAH BUKAN JODOH SAYA DENGAN DIA...SAYA REDHA.

Kepala kebingungan....bengong..toin-toin...mata saya dah berair. Saya dah tak larat nak patah balik jumpa akak. Saya serahkan semuanya pada akak. Saya redha...sob..sob..sob..

Nak mengesahkan kepala saya sudah tidak waras waktu itu, maka saya pun dengan barang berat yang penuh ditangan melangkah naik ke rumah saya ditingkat EMPAT tanpa menyedari KUNCI RUMAH saya dalam perut abang Lagenda..HUUHUHHU...

Letak barang depan pintu turun semula sambil call mak nak mengadu macam anak kecil. Mak kata awat "hang cuai sangat." Dalam kebingungan saya dengar kata mak terus start enjin abang lagenda pergi kedai untuk sejukkan hati yang sedih.

Bila fikir balik, bukan saya tiada jodoh tapi saya tiada rezeki untuk makan SOTO AYAM saya. Saya bingung sampai tersalah cakap.

Kepada akak saadah...sedap tak soto ayam tuh???? Hukhukhuk... nanti teman saya beli lagi ya??

Sebagai ganti soto, saya beli bihun kungfu, mujur sedap..dan balik dengan laju tapi tak lupa akan kunci rumah. Mujur tiada orang curi barang saya depan rumah tu.

Allah yang memberi rezeki pada kita, maka jangan berputus asa meminta dan berusaha


Ulasan

ibun_jogho berkata…
hAH..Jodoh konon. Buat suspen je. Hiss...;-D
Acik As berkata…
hehehe...suspen kan?? tanda saya berjaya buat anda suspen sila klik nufnang saya...nanti leh sy beli teh tarik depan umah...pikir idea baru..hak hak hak

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya