Langkau ke kandungan utama

KERDAU

Assalammualaikum


Tahun ni saya kena mengundi. Buat pertama kali saya kena mengundi walau umur saya dah masuk 25 tahun.

Abah : As, Yang Berhormat Zahar dah meninggal dunia, nanti awak balik mengundi.

Uhukkk....

Saya nak undi siapa? Baguskah calon-calon tu nanti? Saya tak kenal siapa-siapa?

Abah : Awak undin si polan nih..

Kenapa? Dia baguskah? Abah kata yang sebelum nih tak berapa nak bagus, maka kali ini kita beralih angin.

Abah kata lagi, kamu nak jawab apa di akhirat esok kalau kamu pergi mengundi pemimpin yang kamu tahu dia tidak berkebolehan?

Saya diam, dalam hati berkata saya tidak kenal siapa-siapa.

Kepada calon-calon yang bakal bertanding di dun KERDAU, saya harap anda semua dapat menyakinkan saya untuk mengundi parti anda.

Mana tahu satu undian boleh mengubah keseluruhan nasib orang kampung saya.
-----------------------------------------------------------------------------------------

Tengah duk main-main ngan baby sufiyah, Tok penghulu kampung telifon along. Dia minta pandangan along tentang pembangunan kampung. Tok penghulu berseloroh nak bina satu lagi bangunan macam KLCC kat kampung pulau. Fuhhh....hebat tul idea tok penghulu ek...hahaha


Along beri idea nak bina sekolah...ikut pandangan saya, budak-budak kat kampung dan sekitarnya tak ramai. Sekolah rendah dah ada 3 buah di kampung bersebelahan dan sekolah menengah ada 3 juga.

Saya beri idea untuk wujudkan pejabat pos mini untuk semua urusan bil, selain privasi surat yang sentiasa diceroboh orang kampung (sian sama ketua kampung merangkap pak long saya - surat dia selalu kena baca) sebab kampung jauh dari bandar. Selain itu, saya cadangkan juga pusat kesihatan. Senang nak bagi bantuan perubatan kecemasan waktu banjir. Tapi idea ni ditolak oleh beberapa orang lain dengan alasan, kampung sebelah dah ada. Tapi pandangan saya kampung sebelah tu jauh. Ok, tak mengapa, ini hanya cadangan.

Abah mencadangkan dewan serbaguna. Boleh guna untuk mangsa banjir, kenduri kendara, main badminton dan macam-macam lagi. Bagus juga idea abah.

Tapi saya jadi patah semangat bila abah cakap camni...ala sebelum pilihan raya memang camni...cakapla nak bina itu dan nak bina ini, tapi semuanya atas kertas, bukan berpaksikan bumi yang nyata...saya terdiam lagi..dalam hati berkata betulkah?

----------------------------------------------------------------------------------------------
Isu bekalan air terputus berlaku hampir seminggu gara-gara kerana elektrik terputus selama 6 jam masih belum selesai.

Ok jika ada pemimpin parti yang boleh selesaikan hal ini, saya undi kamu...


Kata Hati : Pergi terjun sungai pahang untuk mandi dan minum sekali

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...