Langkau ke kandungan utama

Jom minum Herbalife

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera

Alhamdulillah cuaca pagi di Bangi sangat baik. Harap-harap Temerloh pun sama.

Saya bangun awal dan bersiap-siap pergi ke fakulti untuk uruskan final project. Agak gementar bila berdepan dengan orang yang ada kuasa lebih, tapi hati tetap ingat ini cuma sementara sebab bukan mereka yang berkuasa.

Hati rasa sedikit sedih...lalu membawa diri untuk dipujuk, mula-mula pergi ke library fakulti..saja belek-belek buku...jumpa satu yang berkenan terus dipinjam. Mula rasa sedikit lega, hati dah reda dari nangis. Kemudian hati ajak pergi PTSL. Dalam perjalanan, perut kata lapar, masih belum sarapan penuh, sekadar sup panas pagi ini.

Lalu kaki melangkah ke kafe PUSANIKA, rasa seronok melihat ada gerai jualan baju dan tudung, tapi hati menahan keseronokan itu kerana teringat kesedihan tadi. Terus masuk dan makan berserorangan.

Datang pula seorang Chinese student interview tentang kafe dan hubungan perkauman. Hurm...memang diperhatikan tiada sangat atau tidak ada langsung kaum yang berbeza makan dalam satu meja. Dia minta cadangan bagaimana untuk mengeratkan hubungan sesama kaum. Fuhh...waktu itu saya tengah serabut fikiran. Dengan senyuman yang sangat ikhlas, kamu reka sendirilah, saya memang tidak dapat berfikir.

Perut pun dah diisi, alhamdulillah tidaklah terlalu kenyang sekadar mengisi keperluan sahaja. Hati tiba-tiba memujuk hendak pulang ke rumah. Haish..badan pun rasa lemah maka kaki pun melangkah menuruti hati.

Sampai tingkat teratas PUSANIKA, seorang pemuda menyapa untuk scan body for free. Hurm tahu dah ni, iklan Herbalife.

Jum kak, check body untuk kesihatan kita....lebih kurang gitula ayat dia. Kebetulan hati tengah sedih-sedih lagi, lalu akal pun ajak jum kita layan dengar orang ni bercerita tentang produk dia. Lagipun tak ramai orang.

Dia tanya tinggi saya berapa, saya cakap maybe 158 cm...dia pun ukurkan..sekali 159 cm...owh saya telah tambah tinggi lagi sebanyak 1cm...hahaha

Berapa agaknya berat saya ya....bulan dua baru ni dalam lebih kurang 56 kg..sekali timbang huhhhhhhhhh....54.4 kg.??? Biar betik!!!!

Patut suka atau bimbang? Kenapa berat saya makin menurun setiap bulan?? Dari 60 kg pada bulan 6, tahun lepas kemudian semakin menyusut sehingga 54.4 kg. Kira okla kan dengan ketinggian 159 cm.

Saya tidak perasan saya makin kurus sebab berat saya kekal pada 58-57 dalam 2-3 bulan lepas. Tapi bila kawan-kawan kata saya makin kurus dibuktikan dengan berat lepas makan tadi maka saya kena percaya cakap mereka.

Haish...patutla saya selalu nak terjatuh bila tolak abang Lagenda. Patutla baju-baju saya semakin mengembang dan membesar, rupa-rupanya saya yang makin mengecil. Hahaha....

Tapi satu je yang kekal...Pipi saya tetap tembam....betul tak kengkawan??? hahaha...aset tu...
Saya risau kalau saya hilang pipi tembam saya, taknak la nampak cengkung...:P

Ok diteruskan promosi dari pemuda ini....

BMI saya da ideal dan sangat-sangat comel...tapi lemak saya terlebih la pulak...banyak lemak la ko ni AS...lebih 10 dari yang sepatutnya 18.9.

Air dalam badan pulak sangat-sangat bagus iaitu lebih 52%...(tidak bagus minum kopi kerana ia kurangkan air dalam badan.) Saya tidak minum kopi ok..

Metabolisma saya kurang iaitu 1184 sepatutnya 1200...patutla badan saya rasa penat dan letih aje.

Jantung saya berumur 26 tahun sama dengan umur saya. Maka saya tidak menipu pemuda itu saya berumur 20 tahun....hahahaha

Dia cakap ada setengah orang umur 20-an tapi jantung dia 30-an..hurm...ni mesti orang bijak...sebab sokmo memikirkan masalah dan menyelesaikan masalah. Saya jer ambik mudah...tapi tak semua hal...sebab itu jantung saya selari jer dengan umur saya...(alamak bangga dirikah itu as??)

Berat tulang saya ialah 2.3 sepatutnya dengan ketinggian saya ialah 2.4.. itu tandanya saya sangat rajin (ringan tulang ;P )

Viseral Fat saya ialah dalam skala 4 ( 1- 4) means good...sikit lagi nak masuk 5 (bad)...


Maka setelah ketahui kesemua keputusan itu, dia cadangkan saya beli produk dia untuk kekalkan berat saya dan tambah berat tulang dan kurangkan lemak..hehehe

Tapi saya tolak dengan baik, saya ucapkan terima kasih kerana luangkan masa untuk saya lupakan sekejap masalah saya.

Sebagai balasan saya letakkan no telefon anda disini. Abdul Marzuq : 013-2017686


Sesiapa yang nak kurangkan berat badan, tambah berat badan, kekalkan berat badan, atau nak badan yang lebih sihat boleh cuba produk Herbalife ni dan boleh telifon Abdul Marzuq : 013-2017686. Nak mention nama saya pun boleh kat dia nih...mana tahu saya leh dapat diskaun..hehehe

gambar ehsan pakcik gOogle


kata hati : kurang-kurang nak RM 500 nak beli benda nih

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya