Langkau ke kandungan utama

Panas dan Kena Suap

Assalammualaikum dan salam sejahtera semua


Cuaca sangat panas sekarang nih, bertambah panas lagi kawasan kampung-kampung saya. Fuhh..hari-hari orang kampung saya kena suap termasuk sekali saya dan keluarga. Penat weh, kena suap dengan kata-kata manis. Semasa menaip nih, baru jer orang Perak datang berkempen, katanya pada saya "Adik nanti keluar awal esok, dan undilah BN".

Teknologi menyebabkan cara berkempen bertambah hebat. Saya dan abah jadi penat menerima panggilan telefon dan SMS yang mengutuk parti-parti yang bertanding. Lebih teruk lagi apabila rahsia undian bukan lagi jadi rahsia. Saya terima panggilan yang berbunyi lebih kurang bergini:

Kami sedang menjalankan penelitian parti pemilihan anda. Sila tekan :
#1 untuk PAS
#2 untuk BN
#3 untuk bukan PAS

Helooo...jika saya dan abah bagi jawapannya maka dah macam bukan rahsia la undian kami nanti....

Maka, kami abaikan sahaja. Namun, pihak 'mereka' ini terus menerus menelefon kami pada hari-hari esoknya sehinggalah pagi tadi. Saya yang sedang sibuk memasak tadi, rasa terganggu lalu menjawabnya juga bagi pihak abah. Hahahaha...saya sudah bocorkan rahsia undian abah...

Saya rasa pihak mereka akan berasa gusar apabila mendapat jawapan ini. Sebab bayangkanlah, kalau ada lebih 50% jawapan yang sama seperti abah, maka mereka perlu kuatkan lagi kempen.

Tepat jangkaan saya, selang beberapa minit, telifon abah terima sms mengutuk parti yang abah sokong. Hahaha...maaf abah, as tolong jawabkan sms abah sebab abah tidur. As tahu abah tak marah kan??? Hehehe...


Tahniah kepada kg, teluk sentang kerana menjadi kawasan panas. First time saya tengok FRU depan mata berkampung di tapak pasar malam depan sekolah adik. Tiba-tiba teringat kat seorang kawan online anggota FRU. Dia cakap entah-entah dia kena bertugas di kampung saya. Tapi saya cakap tidak mungkin, sebab kampung saya 'AMAN'. Hahaha....betul jangkaan saya. Orang 'lama' kampung saya berfikiran ambil mudah, tapi mereka tidak sedar dengan kehadiran orang 'baru'.

Apakah keputusan yang bakal terima nanti ya?? Kami generasi muda akan beramai-ramai pulang pada hari ini Jumaat dan esok 5HB Mac 2011.

Berita TV3 menyatakan BN bimbang akan pengundi genarasi muda. Ya...saya juga begitu..hehehe

-------------------------------------------------------------------------------------------


Kata Hati : Cuaca Panas, Kawasan Panas, Hati saya pula DINGIN

Ulasan

pensil iman berkata…
as ..sudah dewasa ya anda..petgi mengundi..hihi..bagus2..
Acik As berkata…
yer...saya pun baru tahu saya dah dewasa..hahaha

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

Fadhilat membaca al Fatihah

Assalamualaikum, Pembaca blog Cinta Hati As, berapa ramai di antara anda yang tahu bahawa al-Fatihah itu penting dalam setiap solat kita? al-Fatihah dikenali sebagai ibu alQuran dan menjadi surah pemulaan bagi bacaan alQuran dan juga asas bacaan dalam solat seharian kita. Semalam, as ada menonton tentang rancangan tv9 tentang kepentingan surah al-Fatihah. Rasulullah SAW pernah menghentikan solat sahabat baginda semata-mata untuk memberitahu tentang kepentingan al Fatihah dengan bacaan yang betul. - kalau tak silap as nama sahabat itu ialah Saad. kalau salah betul kan as. Nabi Muhammad s.a.w. pernah bersabda yang bermaksud: "Membaca al Fatihah  pahalanya seperti  sepertiga membaca Al-Quran" Juga Nabi Muhammad s.a.w.bersabda: "Surat Al-Fatihah adalah untuk apa ia dimaksudkankan dalam bacaannya." dan  "Fatihah itu pembukaan maksud bagi orang-orang mukmin." Fadhilat Al Fatihah Sesiapa membaca surah Al-Fatihah...