Langkau ke kandungan utama

Saya suka pakai kasut

Assalammualaikum dan salam sejahtera....

Saya suka pakai kasut sneakers...


Kenapa? Sejak saya sekolah dan ada lesen motor saya suka pakai kasut sneakers...

Dah bermacam-macam bentuk sneakers yang saya ada...sama ada brand atau cap ayam sahaja. Tidak kisahla janji boleh pakai kasut.

Masa ambil lesen motor, cikgu kata penunggang wajib pakai kasut, saya dengan penuh skema beli la kasut. Rasa selesa bila bawa motor pakai kasut. Dan ia terus selesa apabila berjalan berasak-asakan ketika mahu naik komuter/lrt dan ketika hujan. Takder r diaorang tengok stoking basah saya..hukhukhuk..

Teringat juga lawak cikgu apabila tunjuk selipar jepun tercicir kat trafik oleh penunggang atau pembonceng.


Kemudian pagi tadi, tengok MHI, artis pakai kasut lain sebelah, dia kata fashion....tapi bukan cam kat bawah ni, bentuk sama tapi warna dan corak jer lain...its really weird for me. But..its fashion ok?? So, come on be open minded... but....urgh



Tiba-tiba teringat zaman asrama dulu, sokmo la pakai selipar kawin - istilah bagi selipar lain sebelah nak ke tandas. Kemudian ada terbaca artikel tentang siapa yang pakai selipar/kasut lain sebelah mewarisi kemiskinan...

Maybe orang sekarang da tak kisah kot, sebab "PESEN" sekarang ok...

Mari kita tengok sikit kasut-kasut yang ada dalam dunia nih...


Kasut tinju, boleh pakai ini bila anda nak bergaduh dengan pakwe anda, tinju dia dengan kaki...ish..ish...;p


Kasut kereta, pakai ini bila pakwe anda tak sabar-sabar nak jumpa anda padahal dia tak faham ke kita nak makeup lama nak turun rumah lagi jalan kaki lagi ke komuter...pakai kasut ni terus je ke tempat si dia, masuk gear 5 ok...

pakai selipar ini bagi mereka yang ada masalah nak sarung selipar or kasut, nak dapat udara lebih kan...setengah orang sensitif sket pakai kasut/selipar.. tapi camner nak pakai ek?? letak gam kah??

ini sangat-sangat tidak baik untuk dipakai, ia hanya untuk dimakan. siapa yang pakai memang kaki dia busuk...;p

Walaupun saya nampak macam tidak keperempuanan suka pakai jeans, sneakers, tapi naluri wanita tetap tinggi...saya masih dan menyukai kasut high heel tapi tidak seperti di atas. Mungkin sesiapa yang tidak selamat semasa berjalan seorang patut pakai ini. Ia sangat-sangat berguna untuk menyepak orang yang berniat jahat pada anda...urgghhh...patut saya beli satu...

Minggu lepas saya beli sandle yang comel, ye comel bagi saya...sebelum tu saya nampak high heel yang sungguh comel tapi atas nasihat abah, saya simpankan dulu niat saya. Abah takut saya lambat berjalan...terkedek-kedek...tidak kira sandle atau high heel jalan saya macam sopan-sopan dan malu-malu...hahaha

Balik rumah mengadu kat mak, mak membebel pada abah sebab tidak layan kehendak anak gadisnya....dalam hati saya sangat sayang pada kamu berdua mak abah...HEHEHE

Saya patut bersyukur dengan apa yang saya ada, jangan nak melebih-lebih, dan pakailah kasut/selipar untuk melindungi kaki dan menutup aurat saya. Ramai kat luar sana yang mungkin tidak ada langsung kasut...


High heel yang saya nak tu lebih kurang tinggi ini la. Tapi pastinya bukan bentuk ini, kalau mak nampak dia pun kompem tak bagi beli...hahaha

Kalau sandle yang saya pakai taknak kena air hujan saya patut pakai payung seperti gambar diatas. Takderla stoking saya basah....;P....


Kata Hati : Kasut Croc saya sudah dalam unggun api )-;


P/S: semua gambar ini adalah ehhsan pakcik gOogle

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya