Langkau ke kandungan utama

Syukur juga

Assalammualaikum dan Salam Sejahtera Semua

Syukur Alhamdulillah.....

Hari ini saya dapat baca banyak entri dari blog kengkawan tentang syukur.

Saya hari ini bersyukur kerana masih demam. Walaupun demam saya dah reda tak seteruk tengah malam tadi tapi saya masih bersyukur ia belum pergi...ini satu ujian Allah yang sangat kecil buat diri saya. Selama ini saya jarang di serang demam panas yang lama kecuali waktu kecil kes saya rindukan abang-abang saya. Bila dah besar ni saya payah kena demam seingat saya abih sikit pun sekali je setahun. Sebab itu saya mengalu-alukan kedatangan demam supaya tanda pembersihan dosa kecil (InsyaAllah). Saya akan cuba tidak mengeluh kerana demam ini. Kerana saya pernah mengalami sakit yang lagi sakit dari demam.

Penyakit HATI

Saya mengalami penyakit hati yang sangat kronik walaupun saya cuba nafikannya. Mungkin ego saya terlalu tinggi. Saya melawan sehabis mungkin penyakit ini. Saya cuba tidak memikirkan perkara yang menjadi punca penyakit ini. Saya amat bimbang akan penyakit ini, sejak dari awal lagi saya cuba menghindarkan diri dari terjebak ke punca hati menjadi sakit. Tapi saya rasa saya tewas.

Saya melawan dengan pelbagai cara dan saya tidak lupa minta pertolongan dari Allah, mak abah dan juga sahabat-sahabat yang sangat menyayangi saya.

Dalam menahan kesakitan kepala malam tadi saya menerima sms dari seorang sahabat "uhibbukifillah ukhti". Terima kasih sahabat. Anda telah memberi nasihat sejak dari awal lagi tentang hati dan perasaan.

Saya dah dapat cari Solusi 4 yang awak cadangkan itu. InsyaAllah saya akan cuba bukan saya akan berusaha bersungguh-sungguh menjaga hati saya..demi saya dan demi orang-orang yang sayangi saya.

Sahabat sekalian,
Dah lama kita tidak berjumpakan hanya ym dan sms sahaja. Seandainya anda semua free hujung minggu depan, jum kita jumpa...;P apa-apa hal terus jer sms takyah nak tinggal comment..hehehe




Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya