Langkau ke kandungan utama

Apa yang kamu beri?



Apa yang kamu beri?


Semalam terdengar cerita benar dari stesen radio tentang "You Get What You give"

Ok mari olah balik cerita itu versi as sendiri...


Ada seorang pelajar meminta pelajaran dari gurunya. Maka gurunya memberi sekeping duit RM1. Di atas duit itu, guru tersebut telah menconteng pada wajah Agong dan menulis no kad pengenalannya. Guru tersebut meminta anak muridnya itu membelanjakan dengan duit tersebut. Jika duit yang dibelanjakan itu kembali semula ke tangannya, maka telefonlah gurunya itu.

Pelajar ini rasa takut untuk membelanjakan duit yang telah rosak itu. Tetapi dia buat juga seperti yang diarahkan gurunya. Pelajar ini bimbang jika dia hanya membeli dengan sekeping seringgit rosak, peniaga akan memulangkannya semula. Maka dia pun membeli barang dalam kuantiti yang banyak dan menyelitkan duit yang rosak itu dengan duit-duit yang lain. Peniaga tersebut tidak menyedari akan hal itu.

Masa terus berlalu dan satu hari, pelajar terbabit menaiki teksi untuk ke suatu tempat. Semasa mendapat baki dari tambangnya, tanpa dia sedari dia telah mendapat semula duit kertas yang diconteng oleh gurunya. Pelajar tersebut menyedarinya ketika memeriksa dompetnya.

Maka dia segera menelefon gurunya untuk mendapatkan penjelasan. Maka gurunya berkata itulah pelajaran untuk kamu.

Kamu akan dapat apa yang kamu beri
Jika baik yang kamu beri, maka baiklah yang kamu dapat
Jika buruk yang kamu beri, maka buruklah yang kamu dapat


------------------------------------------------------------------------------------------

Cerita di atas diolah balik dari cerita sebenar. Saya tidak tahu siapa pemilik cerita ini, kerana waktu dengar ni, dah pertengahan. Habis je cerita ni, saya dah tertidur....hehehe ;P

Sekarang apa yang anda faham tentang pengajaran dari cerita di atas?

Ini pandangan as dan penjelasan dari pencerita : Pelajar terbabit telah menyelitkan duit rosak dalam duit yang lain semasa urusan jual beli. Pernah tak anda buat macam ni?? Jika anda buat tak mustahil, orang lain akan buat juga pada anda.

Ini kisah duit yang rosak..
tapi bagaimana pula dengan khidmat anda dalam kerja?
Jujurkah anda?

bagaimana pula perhubungan anda dengan manusia lain (ibubapa, suami isteri, kawan-kawan?)
Jujurkah anda?

dan yang paling PENTING

Jujurkah anda dengan ALLAH?





Kata Hati : Harap ini menjadi pengajaran buat diri As dan kawan-kawan

Ulasan

Unknown berkata…
maa jagalah hubungan sesama manusia dan hubungan dengan Allah yang mencipta kita.. =)

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya