Langkau ke kandungan utama

Dah Sihat

Assalamualaikum dan toin..toin..toin...heheheh...

Alhamdulillah syukur kepada Allah SWT kerana telah memberi kesihatan yang baik kepada kita semua....

Alhamdulillah juga selera abah telah bertambah. Hehehehe, cuma abah dah beberapa hari tak minum nescafe, sekarang abah cuma minum Ho..ho..ho..horlicksss....

Tapi as yang tak sakit nih, tak mahu minum MILO, hurmmm setiap orang ada perubahannnya.

As suka sangat minum MILO, sejak dari kecik lagi. Sampaikan kak sa'adah gelar as, ASMILO sempena nama watak sinetron jam 2 petang.

Tapi sekarang dalam 2 3 minggu ni as tak minum milo dah. Minuman as ialah teh susu, itupun nak yang mak buat, sebab buat sendiri tak sedap. Hahaha, yerla bukan minuman kegemaran jadi, x reti buat sedap cam mak.

Coklat pun beli jer banyak dalam peti, tapi bagi anak-anak buah je makan. Ais krim coklat pun keras jer tak bermakan, kalau tak memang mencari sokmo dalam peti tuh??

Kenapa as jadi camni?? Hehehehe...bagus jugak kan? Sekali sekala berubah.

---------------------------------------------------------------------------------------------

Hari Ahad baru ni dapat berjalan-jalan di Pekan Sari Temerloh. Seronok sangat-sangat macam rasa ada kesegaran. Awal-awal lagi as dah berpesan pada mak abah, jangan paksa as cepat balik, kalau tak baik takyah pergi....yerla....dah berapa kali as tangguh nak jalan pekan sari sebab duk keje. Hari ahad kl tak keje la....uhukkkksss....ye baik sori, jangan merungut, nanti potong gaji....hehehe

Kebetulan along da balik, leh jaga syarikat, so....As nak ronda keseluruhan pekan sari temerloh tu, nak membelek-belek barang dan berjalan-jalan tepi jeti sungai pahang. Sungguh best...dapat tengok makcik-makcik, nenek-nenek tua berjual hasil tanaman kampung.


Tetiba terasa eperti ada memori tentang arwah tuk dan moyang pernah berjual di pekan sari. Benarkah memori itu?

Pada pendapat as, nenek dan makcik-makcik yang berniaga hasil kampung ni sebenarnya bukan kisah sangat orang beli ke tak, apa yang as perhatikan mereka hanya bersuka-suka untuk jumpa rakan-rakan sebaya mereka. Lebih nampak berborak dari menarik hati pelanggan.

Namun memang tak dinafikan setengahnya juga memang mencari rezeki.

Dalam hidup merantau ni, pekan sari yang paling best sekali ialah Pekan Sari, Bandar Temerloh. Ada juga pekan sari yang best kat negeri lain, tapi biarlah orang lain yang citer..hehehe.

Menurut citer kak ipar, peniaga nih da letak barang sejak malam lagi, kalau kita datang pas subuh tuh dah boleh beli dah. Wahh...ini baru betul berniaga. Paling tak suka datang bila orang baru nak buka gerai. Sebab diorang tak ready, barang pun tak tersusun.

Oh yea..siapa yang suka coconut shake, ada juga jual kat pekan sari nih. Cuma rasa dia biasa jeh...as bagitau ni bukan ape, ada kawan bising cari coconut shake kat pasar malam dia takder...mahu kah dari kl turun ke pahang cari coconut shake???? hahahaha

-------------------------------------------------------------------------------------

Hari Jumaat ni as kena drive ke kuantan. Chalet tak cari lagi?? Nak yang murah-murah jer, tepi pantai. Ada sesiapa nak bagi tau tempat best area Tanjung Lumpur hingga ke Pantai Sepat? Tak sabar nak jumpa Budin. Mesti makin tinggi dari As. Last tinggi 175...erk,,,dik tolong petik buah kelapa tuk akak??? :p


Oklah, tenet lembab cam siput sedut...takleh nak update blog selalu. Harap leh online kat bandar kuantan sabtu nih....Doakan as selamat tiba dan pulang ya kawan-kawan??? Byessss...


P/S soklan cepu emas minggu ini, apakah gelaran kak sa'adah kepada as?? Hantarkan jawapan menerusi sms kepada as....hik hik hik...acah ajer...dah....dah...byessss again. ;p

Ulasan

Unknown berkata…
yep2. tu yang syok p pasar2 kecik nih. kompem havoc dengan makcik2

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya