Langkau ke kandungan utama

Baby sufiyyah sakit


Assalamualaikum

Hari ni as tunda balik ke bangi, kerana baby sufiyah sakit. Rasa risau di hati, putaran sakit dalam keluarga masih belum tamat nampaknya. Dugaan Allah.

Sudah 6 kali bawa ke hospital tapi masih belum kebah demamnya. Dan kali ke-6, doktor terpaksa tahan wad. Semalam baby sufiyah tak dapat tidur kerana menahan sakit tangannya yang masuk air dan ubat. Sian pada ummi dan ayah sufiyah, harap mereka bersabar.

Semalam buat kali ke-2 juga, saya gagal untuk derma darah kerana tidak cukup darah dalam badan saya. Nilai semalam hanya 12.0 lagi 0.5 untuk cukup...uhh sedih jugak...bulan lepas 11.0..tapi takper dapat cucukan vaksin Hepatitis B free...(^^)

Nurse nak bagi vitamin, tapi taknak...nak makan bayam dengan kerang banyak lagi best.

Dengan kuasa penderma darah, dapat naik dulu ke wad baby sufiyah. Abah mak dan atuk terpaksa tunggu sehingga masa ditetapkan.

Sewaktu tengah paksa baby minum susu, atuk sampai...rupanya atuk naik tangga,....tinggi tuh..wad kanak-kanak tingkat 8...alasan diberi lif penuh, puas tunggu.

Sabor jer la atuk...tak sabar nak jumpa cicit dia...(~~)!

Kalau baby dah ok hari ni, esok nak balik bangi.


Ni gambar terbaru baby sufiyah sebelum dia jatuh sakit. Berlagak cam pandai jalan, tapi boleh berdiri jer..kalau letak dalam walker, memang dia tawaf satu rumah...heheheheh

Acik doakan moga baby Ainul Sufiyyah cepat sembuh. Mujur tak banyak ragam dan tak kuat menangis...memang budak baik...suka senyum dan tegur orang...huhuhu...rindu dengan keletah dia...


Ulasan

pensil iman berkata…
harap baby sufyah cpt sembuh...insyaAllah...
Acik As berkata…
amin...thanks iman

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...