Langkau ke kandungan utama

Boleh atau tidak menderma darah masa bulan puasa?

Salam Ramadhan

Beberapa hari lepas, as ada dengar berita dari TV3 tentang bekalan darah daripada orang Islam dinegara kita makin berkurangan. Purata penderma Islam dibulan lain ialah 100 orang tetapi berkurangan kepada 50 orang di bulan mulia ini.

Persoalannya disini, ialah as musykil sama ada boleh atau tidak kita menderma darah dibulan puasa. Bukan isu tidak larat atau tidak bertenaga, tetapi isunya ialah jarum suntikan dan ubatan.

Satu masa dulu, dalam sekitar 2004 rasanya, seingat as bila setiap kali nak derma darah, nurse mesti akan inject satu ubat ke dalam badan. Tapi sekarang ni, bila as derma darah, ubat tu dah takder...terus bius dan cucuk keluar darah.

Ok, antara syarat batal puasa ialah memasukkan sesuatu ke dalam rongga badan. Tidak boleh makan dan minum atau apa-apa yang boleh mengenyangkan.

Jadi jika masuk ubat sebelum mengeluarkan darah, adakah batal???

Oh yer luper, sekarang dah tak masuk ubat dulu, terus cucuk jer...tapi kena cucuk tu batal tak??

Kalau ada bukti atau mana-mana hadis atau apa-apa dakwaan yang mengatakan tidak batal, as tidak akan kisah untuk pergi menderma darah.

Lagi-lagi musim perayaan ni memerlukan bekalan darah yang banyak. Kita memang tidak ingin sebarang kecelakaan, tetapi kita perlu bersedia dengan segala kemungkinan.

Masa dalam berita tu, as tengok ada jer penderma muslim yang menderma. Mereka cakap tidak ada masalah untuk menderma, dan seeloknya derma waktu pagi untuk mendapatkan darah fresh....hehehe..acah ajer...

Kita dinasihatkan untuk derma waktu pagi sebab waktu tu tenaga kita banyak...

Apa-apa pun as doakan agar bekalan darah kita cukup, sudah pastinya bekalan darah untuk bulan ini datang daripada penderma dari bukan muslim...tahniah kepada penderma yang prihatin ini. Anda seorang yang mulia dan baik hati.

Bagi as, orang yang menderma darah adalah seorang yang berani. Tetapi bukanlah as nak kata kepada yang tidak menderma itu seorang pengecut. Anda mungkin tidak dapat menderma disebabkan tidak layak...jangan sedih ok (^^)

Yer...as pun jangan sedih...nanti dah sihat...as pun nak pergi menderma darah...dah dua kali kena tolak, sebab darah sangat kurang dalam badan...(~~)!


Ulasan

ibun_jogho berkata…
mcm sya la. bkn la takut tp x layak derma. Ehm..kelayakan dia ape ek..? Pakai sijil ke diploma ke.. Kalo guna PMR je blh ke.

Hehehe....
Acik As berkata…
eh..kalau awak kena pakai sijil cukup berat...(^^)

Catatan popular daripada blog ini

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...