Assalamualaikum dan Salam Sejahtera Semua
Hari ni tajuk al-Kuliyyah TV3 ialah Doa Ibu.
Sebak rasanya dalam hati As apabila mendengar mustajab doa seorang Ibu yang begitu penuh kasih sayang akan anak-anaknya.
Pernah as terdengar mak menangis dalam doanya pada satu malam yang hening dan semua orang telah dibuai mimpi.
Antara doa mak yang as terdengar ialah memohon merayu kepada Allah untuk kesejahteraan anak-anak, diberi petunjuk ke jalan yang benar, diampunkan dosa-dosa dan dilindungi daripada malapetaka buruk dan juga dijauhkan daripada orang-orang yang berniat jahat.
Suasana sunyi sepi itu membolehkan suara halus mak sampai ke telinga as sehingga as menangis dari kejauhan.
Oleh hal yang demikian, as sangat sayang akan mak, andai ada tersalah perkataan atau perbuatan dengan segera as cuba berbaik semula dengan mak.
as dan mak
As rasa simpati dengan Kak Ela yang sudah tidak ada mak. As selalu baca status FB kak ela tentang rindunya pada emak.
Maka ini satu buat pengajaran pada as supaya menghargai mak selagidia bernyawa dan jangan lupakan emak sekalipun dia telah mengadap Ilahi.
Jangan tinggalkan doa untuk mak abah kerana mereka adalah ibubapa kita.
Mak As sangat sayangkan mak. Terima kasih kerana lahirkan as, jaga as dan doakan kesejahteraan as.
Ulasan