Langkau ke kandungan utama

Love Story by As

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Setiap orang ada love story sendirikan???...Hari ni as nak bercerita tentang cinta AS.


Kebanyakkan kengkawan as dah muak dengar cerita cinta as, kali ni as nak bagi pembaca My Idea lak muak atau meluat bila tahu cerita ni...

Macam mana nak mula?

Bila as mula jatuh cinta?

As tak ingat, sejauh mana as pernah bercinta? As tak ingat juga.

Berapa kali banyak as bertepuk sebelah kaki? Rasa banyak kali juga.

Berapa banyak lelaki yang pernah ucapkan Saya cintakan As? Rasanya tidak ada...

Sebab kalau adapun as rasa mereka hanya boring dan bosan jadi diorang cakap jela pada sesiapa lebih-lebih lagi pada as.

Kenapa As?

Sebab as budak cengengen...kuat nangis, kuat pula merajuk, ngada-ngada.

---------------------------------------
Masa sekolah dulu as pernah suka pada seorang budak. Tak ingat la apa yang spesel pasal budak tu, dan as dengan berani bagi tau as suka dia.Dia hanya mengangguk tanda faham...dan kami buat bodoh masing-masing...as lak terus lari taknak jumpa dia melainkan  ada urusan penting dengan dia (kami satu team). Kemudian kami telah tamat belajar dan membawa haluan sendiri.

As hampir lupa pada dia, sehinggalah satu hari no telefon tidak dikenali muncul diskrin henset tua as.

Apabila jawab panggilan tersebut terdengar suara lelaki....oppssss tukar mode: GARANG-DEFENSE

AS : Siapa ni nak cakap dengan siapa?

PEMANGGIL :Nama saya senget

AS : Senget yang mana satu? -ye dalam hidup saya ada 3 orang sahabat yang saya panggil senget...

Rupa-rupanya budak yang saya suka satu masa dahulu.

Kami berbual lama dan dia ingin pergi ke rumah saya.

Hurmmmm....saya rasa tidak sabar berjumpa dengan dia. Makin gemukkah dia??

Hari dinanti telah tiba, dengan penuh kesabaran dia mencari rumah saya dalam hutan belantara. Sangat kesian sampai sesat.

Setelah dia pulang, saya bertanya kepada hati saya.

Hati As, masih suka pada diakah?
ada rasa sayang pada diakah?
apakah kata hati dia?



As rasa perlu tahu isi hati dia, maka as mesej dia. Dia cakap dah lama ada hati pada as, cuma tak pandai bercinta-cintan....

Dia tanya as suka dia lagi? Apa patut as jawab??

Nak cakap macam ni ker ----> yer..yer sangat suka awak...awak jer jual mahal dengan saya....

hahahah

As tak cakap camtu ---> ye suka tapi takderla sampai suka sangat, sebab dah lama sangat tak jumpa, sampai hampir lupa siapa awak.

Saya tak boleh suka-suka sangat nanti saya sakit hati...hehehehe...


Adakah saya akan mula mengusik hidup dia seperti zaman sekolah dulu???

Tidak saya tak buat dah, sebab saya tak tahu sejauh mana saya suka dia seperti dahulu.

Apa yang pasti, dia kerap sms pada saya...

Apa ni??? Satu lagi permainan kasanova?

Saya rasa saya sudah cukup.

Kepada mereka yang saya removekan dari FB, saya minta kamu berhenti meng'add'kan saya.


Saya rasa sakit untuk melepaskan kamu
tapi
Sakit lagi saya jika saya terus lihat kamu


Kenapa kamu hendak menjilat balik ludah kamu sendiri, bukankah itu kotor? Sesungguhnya kamu memang tidak tahu malu dan pengotor.


Maaf dengan kata-kata ini...saya sudah beri amaran, jika anda sudah tidak ingin berkawan dengan saya sila jangan ambil tahu lagi pasal hidup saya.

Saya sepatutnya ucapkan TERIMA KASIH banyak-banyak pada kamu kerana pengalaman berkawan dengan kamu membolehkan saya berhati-hati untuk berkawan dengan orang lain.


Baru-baru ni jumpa seorang lagi orang macam kamu. langkah terbaik taknak "KAWAN"...


OK sampai sini saja kisah cinta As...tapi takderkan as cakap cinta???

Heheheh


Sakit hati kerana manusia tidak berbaloi, tapi sakit hati kerana tidak menghargai kasih sayangNya itu lebih menakutkan.

Ulasan

ibun_jogho berkata…
oIK.. Siapakah gerangan si senget itu?
Blh kah hamba cuba meneka dlm kesamaran?
O o oooo..cinta lama bertamu kembali...;-D
Acik As berkata…
jika tuan hamba rasa boleh teka simpan sahaja didalam kepala....

saya tidak tahu jika itu dipanggil cinta,
saya rasa setiap kata-kata itu hanya sebuah permainan tanpa fizikal yang jelas...

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya