Assalamualaikum
Dah beberapa hari as demam sejak balik dari menguruskan jenazah pakbau (pakcik kembar) as kat melaka.
Demam kali ni tak teruk sangat berbanding masa demam dengan akak rumate. Cuma selesema dan batuk sedikit...
Pagi ni dapat khabar berita moyang as yang tinggal di Kedah meninggal dunia. As tidak la terasa terkilan dan sedih sangat apabila tau moyang meninggal. Sebab as tak berapa mengenali moyang as melainkan hanya tahu dia adalah ibu kepada atuk as.Tapi as rasa atuk mesti sangat sedih. Patutla atuk beria nak balik kedah minggu lepas. As pun da jumpa moyang awal tahun aritu...rupa dia seperti mumia..kering sahaja...kulit membaluti tulang.
Kesian as tengok...as gembira moyang dapat pergi dengan aman lagi-lagi atuk da ada balik sana beberapa hari sebelum dia pergi. As tahu moyang seorang yang sangat baik walaupun as tidak mengenali dia sangat.
Masa pemergian pakbau pun as tak menangis bukan sebab as tak sedih...dalam hati as sangat sedih sebab as sayangkan pakbau. Kami rapat masa kecil, pakbau suka melayan as naik basikal ronda-ronda kampung.
Pakbau suka pejam mata masa bawak basikal, itu membuatkan as menjerit takut, yerla...as atas basikal yang sama...mestila takut..
Pakbau suka menyakat as, main mercun, main tiup belon yang ada rasa cam bau gam tu...mesti korang tau kan belon tu mudah pecah...
Bila as da besar nih, as tak rapat dah ngan pakbau...sebab as segan lagi-lagi as tahu siapa diri as.
Masa untuk melihat jenazah buat kali terakhir, as harap sangat itu bukan pakbau...as sangat-sangat berharap..tapi as hampa apabila ia terbukti benar..
Sampai situ sahaja as bertemu dengannya...
As lega apabila jenazah dapat disemadikan dengan lancar dibantu ahli keluarga yang ramai.
Bila saat imam selesai baca doa penutup solat jenazah...
Imam mengatakan...hamba Allah ini baik sebanyak 3 kali...disambut oleh jemaah dengan baik juga..
Amin...
Segala perbuatannya adalah baik dan kami melepaskannya dengan cara yang baik...
Ulasan