Langkau ke kandungan utama

Saya Sayang Blog Saya

Assalamualaikum

Anda sayang pada blog andakah??

Yer saya sayang pada blog saya...

Saya suka baca blog saya sendiri

Apa yang anda tulis di blog anda?

Saya tulis apa sahaja yang terfikir dalam hati saya.

Luahan hati saya, suka, duka, kecewa dan kegembiraan

Adakah saya bertujuan untuk berkongsi dengan semua orang?

Hurm..mungkin juga tapi saya rasa saya lebih kepada untuk melepaskan semuanya dari hati saya...

Kalau ada orang tak puas hati dan terasa dengan penulisan blog anda?

Saya minta maaf, saya tidak dapat tidak untuk puaskan hati semua orang..sebab siapa saya kepada anda?


Saya tahu dan pernah ada orang berkata dia terasa dengan penulisan saya...tapi kenapa anda perlu terasa?

Sebab mungkin anda bernasib seperti saya? atau anda ada buat salah dengan saya?

Saya rasa macam sedikit baik hati sebab ada masanya saya akan buang post-post yang dikatakan menyakitkan hati...

Tapi kadang-kala ....hehehehe......saya saja letak untuk peringatan buat saya dimasa hadapan dan buat diri orang lain juga...

OK....

Kenapa saya suka blog saya lagi??? Sebab saya seorang yang pelupa..

Saya akan baca balik kata-kata yang pernah saya janji pada diri sendiri

Saya juga suka dengan lagu-lagu yang saya simpan dalam blog saya, jadi saya akan datang balik untuk dengar lagu-lagu tuh...

Oklah...cukup untuk semua kata-kata ini...

Sekarang tanya balik pada diri anda...kenapa anda suka pada blog anda..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...