Langkau ke kandungan utama

Tanjō-bi omedetō

Assalamualaikum dan Salam Sejahtera

Hari ni hari lahir adik kesayangan As....Aisamuddin Bin Nordin..

18 tahun lepas, adik saya dilahirkan di Hospital Besar Kuantan....

Sangat teruja apabila doa dimakbulkan oleh Allah S.W.T

Ingat lagi waktu tu as umur 8 tahun...selalu main sorang-sorang, selalu nangis apabila along dan angah tinggalkan as untuk pulang ke rumah tuk...sebab mereka duduk dengan tuk..

Satu hari, as terpikir as nak adik sebab selalu jeles tengok kengkawan ada adik untuk bermain. Setiap hari as bising nak adik...hahahaha....

Mak kata doa la pada Allah...sebab semuanya kuasa Allah...

Satu hari mak as sakit nak bersalin,,,as tak tau pun mak ngandung, ingat mak gemuk sahaja...hahaha....

Lepas tu, waktu pilih nama as kalut nak letak nama adik....nak nama ada 'A' macam nama as juga...

Maka berebut-rebut dengan along waktu pilih nama dalam buku...

Belek-belek maka as jumpa nama Aisamuddin, Aizudin dan apa lagi tah...kalau tak silap as nak nama aizudin tapi tercakap dekat abah Aisamudin...yerla budak-budak ni pemikiran dia serabut sket...oh sekarang juga pun macam itu juga...(~~)/




Adik...akak as sungguh sayang pada adik...adik sayang pada akak kah???

Pernah satu hari as menangis kerana seorang laki mengusik as....lalu mak beritahu, adik kalau tahu ada lelaki lain buat as nangis maka siap la laki tuh.....oh..adik..anda sungguh baik buat akak terharu....mau nangis lagi....(~~)!
Anda la lelaki yang selalu buat akak nangis...wah~~...wah.~~...kamu sungguh nakal dari kecil sampai sekarang....

Tapi doa akak tidak pernah putus agar kamu menjadi pemimpin yang baik dan kebanggaan kami semua...

Akak harap adik tidak jadi playboy yang suka mematahkan hati kaum perempuan agar kakak, anak perempuan dan cucu perempuan kamu tidak menerima nasib yang sama.


Tanjō-bi omedetō


Selamat Hari Lahir Aisamuddin bin Nordin

tahniah kerana berjaya lahir ke dunia ini, harap anda terus berjaya dunia dan akhirat....

Amin

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya