Langkau ke kandungan utama

Celcom VS Maxis

Assalamualaikum

Hari ni da mula kerja balik...waaa..rasa berat semuanya..hohohoho...

Tajuk hari ni ialah Celcom vs Maxis...

Anda pakai no Celcom ke Maxis? Saya pakai celcom. Yer saya pakai 3 nombor celcom dua belah pantai timur, satu lagi belah barat...;p

Anda pakai no celcom kerana apa? Saya pakai no celcom sebab saya suka dengan no tu kot...lagi-lagi waktu beli tuh celcom baru nak popular dan free sms sesama dia. Kemudian, adik beradik saya semua tukar no celcom menyebabkan setiap kali beli no baru mesti beli no celcom.

Saya ada no maxis..pernah ada tapi guna masa belajar dulu...kejap jer..sebab tak ramai kawan pakai maxis..so saya henti pakai.

Satu hari kawan bercerita ada orang nak ngorat dia, tapi pakai no maxis...maka dia pun terus tolak...alasan nati habis topup dia...yer la sebab dia pakai celcom. Hehehe....Dia cakap lain kali kalau orang nak ngorat dia, dia nak tanya awak pakai maxis ke celcom? Kalau maxis, bye-bye.. hahaha

Saya pun kedekut juga tapi kalau benda penting takper la nak sms atau call no maxis nih. Tapi yang saya tak suka kalau ehem-ehem saya guna no maxis nak tanya khabar...wah...ngade ek saya..biar la...kalau nak sangat tau khabar saya anda call la..setakat satu sms ok la saya balas...yang dia ni pun satu hal, no celcom ada tapi selalu malas topup or selalu tinggal dalam kereta..agaknya nak bagi kereta dia pakai la tuh...

pastu yang sakitnya telinga ye la bila dia pakai no celcom kat ipad yang besar gedabak tuh untuk call....ohhhh sangat-sangat la benci...bukan apa dia guna loud speaker...beli tu mampu tapi beli earphone takleh lak...tau tak bila wat loud speaker jadi bergema?? sakit telinga saya bila suara saya kena pantul balik...

Ok berbalik penggunaan Celcom dan Maxis.. masa dulu-dulu pernah ada dengar ura-ura mengatakan maxis ni bawah syarikat yahudi israel..tapi tak tau kebenarannya...tapi kawan-kawan yang bimbang terus tukar no maxis diorang kepada celcom...

Bahaya juga khabar angin yang berunsur agama nih....kalau tiada bukti boleh menjatuhkan seseorang.

Apa-apa pun sekarang ni ramai jer ahli kelurga pakai maxis tapi tak ramai la...abah lak dah menetapkan bahawa keluarga dia mesti pakai celcom, bukan apa senang kalau nak berborak lama, jimat duit.

Tapi adik saya yang jenis kepala angin dan pentingkan kengkawannya guna maxis. So, jarangla kami berhubung melainkan hal yang penting sahaja.

Tengok...kat sini kita boleh perhatikan bagaimana no telefon itu juga mendatangkan kesannya dalam perhubungan keluarga.

Kalau orang kaya mesti tak kisahkan...:D

Ulasan

tulisan yang baik untuk di simak,,nice post

Catatan popular daripada blog ini

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...