Langkau ke kandungan utama

Kamu adalah Kamu

Assalamualaikum... Hari ni hari khamis..da potong kuku?? Belum?? Esok saja?? Ikut kamu la...

Hari ni tah hari ke berapa as rasa sakit bawah tulang rusuk kiri....lagi sakit waktu tidur malam...tiap kali nak berpusing atau bangun rasa macam tak boleh nak bernafas...lepas tu batuk lak tak sembuh-sembuh lagi, tiap kali sejuk jer mula la...maka bertambah lagi la sakit. 

Tak pergi klinik sebab rasa macam kena gelak dengan doktor nanti....rasa cam tak serius kot..(~~)/...ke ko takut as?? hahaha takper...takper..sok abah datang...ajak abah teman...hahaha.. 

tak sabar nak tunggu abah datang ambik pastu nak pergi dapatkan vaksin hepatitis B yang terakhir. Jangan salah faham..saya takder hep.B cuma saya ambik langkah berjaga-jaga..lagipun free sebab saya adalah penderma darah yang setia...hehehe 

Jenis darah saya A sesuai dengan nama saya AS...pandai abah matchkan nama saya mengikut jenis darah. Tapi darah adik B..tak sama nama dia..hahaha silap saya beri nama pada adik..yelah waktu tu saya baru umur 8 tahun bukan tahu apa..ikut kepala angin saya aja nak bagi nama adik...yer nama adik saya Aisamuddin. 

Hari ni saya pakai tudung warna pink terang..kenapa saya bagitau? Sebab saya selalu pakai tudung hitam...sekali-sekala saya nak serlahkan aura saya wahhh..taklah...sebab saya pun boring pakai hitam aja..cam gambar kat bawah tu..hahaha...


Sekali sekala nak juga berwarna selain hitam yer tak?? Oh kasut saya juga sudah koyak...tak sabar nak beli kasut baru dengan abah..

Jenis BUM jugak kah?? warna pink lagi kah?? coklat? enggak mau...biru mungkin...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya