Langkau ke kandungan utama

Bermain air Janda Baik

Assalamualaikum (^^)/


Sabtu baru ni as, kak saadah, tikah dan beberapa rakan dari Hadhari, UKM pergi berkelah di Janda Baik, Pahang.

Kami menginap di Chalet D'River. 3 buah kereta aja pergi tak ramai mana tapi sangat seronok dan meriah.

Apa aktiviti disana? As main air dan main hanyut-hanyut dengan tikah. Rasanya kami berdua aja super aktif menjadi kanak-kanak... 

Kami dah hanyut dari hulu sampai ke hilir..pastu berenang lagi di kawasan air deras untuk dihanyutkan semula....wah....sangat-sangat seronok...

Teka as pegang apa?


Tapi malam tu, as tak dapat tidor sebab badan jadi sakit-sakit...bahu kanan rasa macam berat sangat-sangat...

Pada mulanya as ok aja cool aja tahan sakit..tapi jam 2 pagi hingga ke 3 pagi as dah resah sebab sakit tu tak hilang ditambah mata yang ngantuk tapi takleh tido..

As Nangis...wa..wa..wa..

Maka kak saadah la yang kena picit bahu as ni siap baca doa lagi...

Hati makin nak marah apabila ada orang berkaraoke sampai kul 3 pagi....


As tak tahu terlelap kul berapa tapi pas sembahyang subuh kul 630 pagi..as releks jap dan 730 pagi pergi ronda-ronda dengan adik kecik yang besar di kawasan resort....kejutkan budak-budak lain tapi diorang taknak tinggalkan selimut...huhuhu..



ni pemandangan waktu pagi....sangat nyaman

InsyaAllah, lain kali kalau ada masa kita pergi satu keluarga pulak..

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya