Langkau ke kandungan utama

Seharum Lavenda Semanis Madu

Assalamualaikum....

laman web lavenda

Cantikkan bunga lavendar atas tu...gambar ni as copy url aja dari sebuah laman web. Kalau nak tau klik aja url gambar tu.

Wangian sebagai terapi stress dan dapat memberi ketenangan kepada pemakaiannya, namun jika terlalu wangi boleh buat stress kita bertambah sebab sakit kepala...hehehe

As suka wangian lavenda tapi kena hati-hati sesetengah lavendar ada bau yang tidak sedap..tapi tak tau la kenapa ya...

Masa bila kita pakai wangian? Kalau as, pakai setiap masa, tapi takder la sampai orang lain boleh bau menusuk hidung...kalau ada bagitau ya supaya as tidak mendapat dosa...haha..

Tau tak bila kita wangi syaitan pun tak suka..tapi bukan atas dasar itu sahaja, kita kena tambah la juga dengan solat dan amal ibadat yang lain.

Kalau pergi keluar jumpa pakwe kita pakai wangian, kita jumpa Allah pun pakai minyak wangi juga. Setakat ni minyak wangi yang ada dalam koleksi as seperti One Drop, SilkyGirl dan beberapa minyak wangi yang tak tau jenama apa. 

Ada masa as suka pakai minyak kijang, bau dia sangat lama dan tidak menghasilkan bau peluh pun..ni yang paling as suka.

Dan untuk wangian bilik as suka kalau ada bau lavenda atau ros.

imej dari laman web raw natural honey

Sedapnya madu, dulu masa kecik-kecik as selalu bengkak leher kerana penyakit TB urat...tak pasti penyakit apa nih, as tak pernah buat research pasal penyakit nih...dengar kata teruk juga as mungkin hampir mati....mak abah larikan as daripada hospital sebab doktor tak pasti berjaya ke tak dibedah.

As berubat cara tradisional, alhamdulillah as dah sembuh. Cuma sekali tu as demam panas, dan penyakit tuh datang semula. Mak dah naik risau, maka madu asli diambil dan dicampur dengan kapur. Di sapu pada leher yang semakin bengkak. Pergh terasa tegang urat leher.

Sekarang nih, madu nih as selalu makan sekali sehari, manis ler...sesudu pun dah cukup...tak tau la kenapa sejak dua menjak nih, minum apa-apa pun tak kuat manis dah...bagusla kan..hahaha

Sementara tunggu waktu solat magrib nih, as sapukan sedikit madu pada muka as dan ditambah serbuk kayu manis pada jerawat yang baru tumbuh.

Rasa tegang sikit....masker..masker..hahaha itulah rahsia awet muda saya hahahaha...

------------------------------------------------------------------------------------------------------------------------

Sejak dua menjak ni rajin gak pakai santan kat rambut, pakai bedak sejuk, pakai barangan semula jadi sebagai asas kepada pencuci muka dan penghalang jerawat, agak berkesan la...

Hahahaha...ok dah jangan perasan, segala kebaikan yang terjadi atas as adalah kuasa Allah, dan sebaliknya adalah daripada kesilapan sendiri...

Oklah bye....nak p cuci muka yang meleket nih...:D


Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya