Assalamualaikum
Hutang nyawa dibalas nyawa
Hutang budi dibawa mati
Hutang duit sila bayar!!!
Rusuhan Ptptn yang berlaku baru-baru ni banyak mendatangkan kesan negatif kepada pelajar yang terlibat....yer la..diorang minta mansuhkan bayaran balik ptptn..hurm..wajarkah bagi anda?
Saya tak tau sedalam mana isu ini..tapi kalau benar diaorang minta mansuh balik saya tak setuju la..tapi kalau minta untuk mengurangkan atau membuang bayaran kos perkhidmatan, saya sangat setuju..hehehe..
Saya selaku peminjam PTPTN berpendapat, kalau kita berhutang kita kena bayar balik hutang itu...
Anda tentu marah juga kalau orang yang pinjam duit anda tapi tidak bayar..marahkan? Tapi saya tak tahulah kalau orang tu baik sangat nak bagi pinjam tanpa perlu bayar dah...kira sedekah ajala...takepr...setakat RM 500 tuu....opsss setakat RM 21,000 tu bagi jerla sedekah...
Walaupun saya orang susah, saya berusaha untuk bayar balik pinjaman saya..Sebab saya tahu andai saya nak pergi Haji ker, nak bagi makan keluarga ker...takder berkatnya...entah-entah kita ni sentiasa ditarik kesenangan dan diberi kesusahan oleh Allah sebab orang marah kat kita tak bayar hutang...
---------------------------------------///-----------------------------///----------------------------------------
Ok mari kita cakap terus terang aja...dunia ini kecil aja, sejauh mana kita lari dari orang yang kita berhutang, kita takkan lari dari ketetapan Allah. Hari ni saya berjumpa dengan seorang hamba Allah...dia tak berhutang dengan saya, tapi abang dia yang berhutang dengan..
Saya berani tanya betul ke anda dah kahwin? Betul...oh tahniah la anda dah kahwin..tapi anda perlu ingat anda masih berhutang duit dengan saya. Saya sudah katakan itu hanya pinjaman...tapi sekarang anda mengelakkan diri untuk membayarnya...walau saya sudah meminta lebih daripada tiga kali.
Tidak kembungkah perut anda dan ahli keluarga anda? Oh saya tidak menyumpah, sebab Allah itu ada...cuma saya hairan bagaimana orang yang pandai mengaji dan beragama tidak mengamalkan apa yang diajar.
Sekiranya anda terlalu susah kenapa tidak beransur-ansur dengan saya? Oh saya rasa anda tidak susah kerana anda mampu berkahwin. Adakah anda menggunakan duit saya untuk berkahwin? Jika benar saya rasa saya tidak boleh memaafkan anda kerana waktu itu anda merayu kerana anda kemalangan jalan raya.
Sekiranya saya berjumpa lagi dengan anda, harap saya tidak kenal anda mahupun saudara mara anda..kerana saya bimbang saya menjatuhkan maruah anda dan saudara anda yang popular disini.
Saya juga harap anda tidak sibuk-sibuk nak datang ambil tahu pasal saya diblog saya..melainkan anda nak bayar hutang anda..
Ish....insafkah anda?? saya tak tahu
marahkah anda dengan penulisan saya nih?
tapi marah lagi saya pada anda yang mungkir janji bayar hutang
Hutang ini saya takkan lupakan sehingga awak bayar balik..itu janji saya
Ulasan