Langkau ke kandungan utama

Make your own candy sushi

Assalamualaikum


Popin' Cooking Japanese DIY Sushi kit at home
Lama dah sangat as berhajat nakkan satu permainan candy sushi ni. Kalau tengok harga dia memang tak berbaloi harga RM25.00 sekotak dari e-bay. 
Sebab apa as kata tak berbaloi sebab benda ni walaupun ia permainan tapi boleh dimakan. Ia adalah gummy. 
Biasa kita beli gummy kalau RM25.00 tu boleh makan sampai muntah ler...nak cakap banyaknyer...tapi benda ni sikit aja.


 ni video yang menunjukkan camner nak mengolah Popin' Cooking Japanese DIY Sushi ni.




Memang dah jumpa satu website ( http://whiterabbitexpress.com/popin-cookin/) yang menawarkan harga yang agak murah sikit dari RM25.00 tapi still rasa...ish...patut ker?

Mungkin tak lama lagi benda ni akan sampai di Malaysia...maksud as akan dikomersilkan disini..cuma tak tau la bila...


buat masa ni as minta kawan as dari korea carikan benda nih...mana tau kalau dia beli lagi murah ker...(^^;) yer mana tau kan..hu..hu..hu.


Selain daripada tu as nak main benda-benda cam ni jugak...yang seangkatan dengannya...
cupcake candy
ramen candy





Benda-benda ni tak tau lagi halal ke tak...masih dalam penyiasatan...oleh as..hehehehe

Ulasan

ezyra taharin berkata…
cam best je kak...t da de jual kat malaysia n sah halal..akk bgtw laa kat adx..serius ttarek gler
Acik As berkata…
okey..kalau benda ni sah halal, akk gtau awak..harap-harap ada orang malaysia yang boleh buat permainan dan makanan cam ni gak...

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang

Asam Jawa Madu ubat sakit tekak

Assalamualaikum Hari ni as  nak kongsi cara ubat (tradisional kot) untuk sakit tekak (bengkak atau luka) Balik dari Melaka baru-baru ni, as kena sakit tekak yang teruk. Tak luka sangat tapi bengkak yang teruk sebab terlalu sukar nak menelan makanan. Oleh kerana lapar dan dahaga as tetap menelan dengan penuh seksaan. Hati mula teringat azab Allah kepada mereka yang engkar di neraka. Ada yang kena minum air panas yang mendidih dan juga air nanah. Dalam setiap kali sujud, as dapat rasakan seperti ada batu berat yang tindih tekak as. Rasa sangat sakit. Lalu as berdoa kepada Allah agar diampunkan dosa dan diringankan sakit. Sakit tekak yang bengkak nih bukan sahaja sakit di tekak tapi ia turut sakit hingga ke telinga dan kepala jadi as demam juga. AIR ASAM JAWA CAMPUR MADU Dah makan pain killer, strepsils, minum air suam....tapi tak kurang bengkak tu..sekejap jer.. Tertiba teringat air asam jawa, as pun bancuh la dalam sesudu asam jawa bersama air panas dan letakkan 3

Mencari KimChi Halal yang fresh dan sangat sedap

Assalamualaikum Yeay...lama tak update blog... Sejak drama korea and K-POP popular di Malaysia nih, as mula teringin nak rasa masakan diorang. Terutama Kimchi. Yes as selalu aja nampak ada jual kat Tesco and Giant, tapi hati ada was was lagi-lagi kalau pembuatan tiada tanda halal dan pengeluarannya lagi la tidak diketahui muslim. Kemuncak setelah beberapa tahun telah sampai malam tadi, di mana as tertonton tv Korean Food channel 703. Maka mula la buat searching di instagram. Ya as suka sangat searching barang di ig nih. Kemudian laju jer tanya seller yang diyakini Muslim tentang homemade Kimchinya. Itu pun setelah as view feedback dari customer dia. Perkara pertama sekali as nak tahu ialah..rasanya...sebab dalam bayangan as Kimchi ni rasanya masin macam lobak asin. Tapi sebenarnya tak...hahaha.....seller bagitahu rasa kimchi ni masam pedas.... Ok saya bayangkan macam makan colek mangga muda kicap lada.....slurrrppp...memang saya suka...pejam mata...masammmmmmnyeeeeee So saya