Langkau ke kandungan utama

Ya Allah


 Assalamualaikum...

As berasa sedih sangat....banyak benda yang mengecewakan diri as. Antaranya apabila orang yang as hormatkan mendoakan as agar as keseorangan seumur hidup. Apa dosa as pada anda?

Apa hak anda untuk mendoakan as sedemikian kali? Kerana anda bergaduh dengan orang lain, apa kaitan as dalam perbalahan itu?

Jangan buat mak abah as menangis dengan doa anda. Walau abah tidak bercerita, tapi as masih ada orang lain yang memberitahu perkara yang sebenar.

Jika as jumpa anda, as nak tengok adakah anda akan masih pandang muka as nih?

Bak kata mak, kita hidup atas dunia tak selamanya akan senang jika kita mendoakan agar orang itu musnah...sebab dalam hal pergaduhan ini, as memang tidak ada kaitan sedikit pun melainkan pertalian darah...

Mujur as ada mak abah yang sangat cekal dan tabah.

Sejak dari kecil lagi anda suka memandang rendah pada as, tapi as sebagai anak, as sikit pun tak merasa hairan, kerana anda bukan mak abah as...

Mak abah as adalah yang terbaik dari anda...mereka lebih menerima segala kekurangan yang ada pada as.

Siapa anda hendak menilai hidup as...

Bukan anda yang menentukan as ni hidup dengan siapa...

Semuanya di tangan Allah

Walaupun as senyap, tapi as masih ambil perhatian lagi apa yang berlaku dalam keluarga as..

As harap as diberikan kesabaran tinggi, as harap as masih boleh tersenyum walau terpaksa dihadapan anda sekeluarga...

Sebab takder guna as nak buat kelakuan seperti anda sekeluarga..

Kerana itu menjadikan as lebih teruk dari anda...

Ulasan

Catatan popular daripada blog ini

Maksud adik beradik tiri

Assalamualaikum Hari ni as nak menerangkan tentang hubungan antara adik beradik as. As mempunyai dua orang abang yang berlainan ayah dengan as tetapi sama emak. As juga mempunyai seorang adik yang sama mak dan abah dan sorang lagi adik yang lain mak. Haaa....berbelit tak?? Sejak dari kecil lagi as dah di ajar bahawa adik beradik as bukan adik beradik tiri. Tetapi untuk abang-abang as dengan adik bongsu as mereka adalah adik beradik tiri, kerana berlainan mak dan ayah. Kalau nak sebut betul-betul macam ni... Ayah abang as berkahwin dengan mak as, dan ayah abang meninggal dunia. Kemudian abah as berkahwin dengan mak as dan lahirkan as dan adik as budin. Maka as dan abang-abang as adalah adik beradik kandung 1 mak. Contoh seperti gambar rajah di bawah. Tetapi abang as tak boleh jadi wali as sebab berlainan nasab. .Adik beradik kandung as yang sama mak dan abah ialah budin. Contoh gambar rajah di bawah. Kemudian abah as berkahwin lagi satu, dan as dapat sorang ...

Jom Tingkatkan Followers sampai lebam

Assalamualaikum, Hari ini tengah blogwalking, as jumpa segmen ni..Jom Tingkatkan Followers yang dikendalikan oleh blogger MerepekGILA Syarat nak join mudah sahaja. 1. Buat entri Jom tingkatkan Followers sampai lebam dan letak banner cam kat atas tuh 2. Letak ruang peminat korang. As just print screen...ohh peminat as hanya ada 54 orang dan seorang peminat rahsia...haha..jadi ada 55 orang sahaja..;p Peminat Cinta Hati As 3. Dah siap letak la link korang kat blog MerepekGila . Lepas tu...owner blog merepekgila cakap, jadila follower dia dan rajin-rajinkanla diri blogwalking ke peserta yang lain dan jadi follower diorang... Ok simple ajakan? Bagi as, kalau orang tu follow as, as akan follow dia balik, inshaAllah. Apa yang membuatkan korang nak jadi follower sesebuah blog tu? Bagi pandangan as : Kekemasan Info yang menarik Susunan perkataan ( as tak berapa suka guna ayat sms dan ayat yang akhir saja-saja ada huruf "w" contoh: ape jew.. ) jadi mu...

As sudah tua dan anak semakin membesar

 Assalamualaikum Alhamdulillah masih di beri kesempatan umur yang panjang sehingga ke hari ini. Anak pun semakin memahami dan cepat belajar sendiri, dia terlalu berdikari padahal dia masih kecil. Dulu teringat pernah meluahkan di blog ini tentang beberapa perancangan masa depan, antaranya bekerja sendiri, memberi duit lebih kepada mak abah, meluangkan lebih masa kepada anak, pergi haji dan umrah. Alhamdulillah dengan izinNya cepat dan lambat saja, saya kini bekerja sendiri, berkongsi rezeki dengan ahli keluarga terutama mak abah.  Dari segi masa, sepatutnya ada lebihan masa tetapi masih dalam proses untuk memberi fokus kepada anak dan alhamdulillah masih dibantu oleh keluarga terutamanya mak dan abah. Anakku Husna Syuhada Orangnya nampak "tough" walaupun seorang perempuan. Dari segi akedemik buat masa ini dia biasa-biasa sahaja, begitu juga dengan sukan. Namun saya dan suami cuba sebaik mungkin mempersiapkan ilmu dunia dan akhirat.  Seperti kanak-kanak lain, dia sangat su...